Jumaat, 3 Februari 2017

Lelaki, wanita maut ditembak di Menara Centara

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dan wanita maut dalam kejadian tembak di tingkat 16, Menara Centara, Jalan Tuanku Abdul Rahman pada kira-kira 4.30 petang tadi.
 
Pihak polis menggerakkan anggota ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan sejurus kejadian.
 
Sementara itu, Harian Metro Online melaporkan Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Habibi Majinji, sebagai berkata berlaku kejadian tembak menembak di tingkat 16 bangunan berkenaan.
 
"Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian," katanya.
 
 

Tiada ulasan: