Khamis, 2 Februari 2017

'KJ fitnah saya kerana anggap dirinya kebal'

Hafiz Yatim


Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, mendakwa Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar memfitnahnya dalam satu ceramah politik pada 2008, kerana sebagai Ketua Pemuda Umno, beliau menganggap dirinya muda dan kebal daripada sebarang tindakan.

Anwar, yang memberi keterangan dalam kes saman terhadap Khairy berkata Khairy merasakan dirinya adalah kebal kerana beliau adalah menantu Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika kejadian sembilan tahun lalu.

“Demikianlah gara-gara seorang anak muda yang menganggap dirinya kebal kerana beliau adalah menantu perdana menteri; berpengaruh dan berkuasa dengan pejabat khas di Tingkat 4, Jabatan Perdana Menteri,” katanya.

Ketua umum PKR itu berkata ucapan fitnah Khairy pada 19 Februari 2008, yang ditujukan kepadanya mempunyai konotasi negatif dan menghina.

“Kenyataan tersebut bermaksud untuk menggambarkan saya sebagai manusia yang berselingkuh, rendah akhlak dan cenderung melakukan jenayah dan maksiat.

“Singgungan secara licik adalah untuk menimbulkan persepsi di kalangan masyarakat awam bahawa saya bersalah menurut Seksyen 377 kanun Jenayah. Kenyataan beliau juga bermaklsud mengaitkan kesalahan jenayah menurut kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1977.

“Secara jelas dan tersirat, beliau menuding dan menyelar saya sebagai homoseksual,” katanya.

Menurut Anwar, fitnah yang dilemparkan Khairy itu telah menjatuhkan maruah dan menjejaskan imejnya. Turut dikecam adalah PAS dan DAP.

"Singgungan yang dikira biadap amat panjang dan berulang. Ini termasuk kenyataan ‘PAS main DAP ikut kiri, DAP main PAS ikut kanan, Anwar main dua-dua ikut belakang,” katanya.

Awar berkata demikian dalam saman fitnahnya terhadap Khairy

Tiada ulasan: