Isnin, 20 Februari 2017
Kelantan lantik duta anak Kelantan di perantauan
KUALA LUMPUR: Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mewakili Menteri Besar menyampaikan amanat sempena pelantikan duta anak Kelantan di perantauan.
Seramai 544 dilantik sebagai duta kecil kerajaan negeri dengan watikah pelantikan disampaikan oleh Timbalan Menteri Besar itu di Hotel Putra di sini pagi tadi.
Majlis tersebut dianjurkan oleh Unit Hubungan Seranta dan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan tersebut dihadiri oleh 14 pimpinan PAS Kawasan.
Ia merupakan pelantikan bagi zon pertama yang melibatkan kawasan Lembah Klang termasuk Wilayah Persekutuan, Selangor, Putrajaya dan bahagian Selatan Perak.
Beberapa zon lain seperti zon timur yang meliputi Terengganu dan Pahang akan dilaksanakan bagi melantik wakil yang dicadangkan oleh cawangan masing-masing.
Kemudian ia akan disusuli dengan Zon Utara, Selatan, Sarawak dan Sabah termasuk Wilayah Persekutuan Labuan sehingga akhir bulan Mac.
Mohd Amar merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan dalam ucapannya mengucapkan tahniah atas usaha mewujudkan duta bagi pengurusan pengundi diperantauan.
Selain itu katanya usaha berkenaan turut membantu menyebarkan maklumat kerajaan negeri dan juga parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang.
Beliau menyifatkan maklumat yang benar dan telus dari kerajaan negeri yang diibaratkan seperti penapis dari sebarang kekotoran serta bahan merosakan.
"Isunya banyak maklumat yang tidak sampai, bukan sahaja kepada penduduk Kelantan sendiri malah penduduk kita yang bermustautin di luar Kelantan.
"Kita harap ia berperanan menyalurkan maklumat tanpa perlu merujuk kepada pimpinan dalam isu-isu yang bersifat benda kecil," kata beliau.
Beliau turut mengalu-alukan pandangan dari golongan perantauan terhadap kerajaan negeri dapat disalurkan menerusi wadah berkenaan yang dipilih.
Menurutnya, PAS kini lebih baik dari parti pembangkang lain dalam gabungan Pakatan Harapan termasuk Barisan Nasional dalam perjuangan dakwah Islam.
Dalam perkembangan berkaitan, satu Ikrar yang dibacakan oleh Ustaz Mohd Farhan Mohd Hassan yang melaungkan agar pemerintahan PAS Kelantan dipertahankan. – HARAKAHDAILY
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan