shahbudindotcom
Apa
lagi Jamal Md Yunus mahu nafikan bila Jabatan Agama Islam Selangor atau
JAIS sendiri mengesahkan wujud unsur manipulasi dan mengambil
kesempatan berhubung penggunaan van jenazah dalam demonstrasi yang
dianjurkannya?
Kononnya van jenazah itu diperlukan untuk sessi penggambaran, kempen anti judi, pameran dan sebagainya.
Kenapa
Jamal tak berani berterus-terang mengatakan van jenazah itu diperlukan
untuk demonstrasi politik bagi kepentingan UMNO dan BN?
Bila
lagi Jamal mahu minta maaf dan mengakui kesalahannya kerana memperdaya
orang lain berhubung penggunaan van jenazah tersebut?
Berikut disiarkan sepenuhnya kenyataan media oleh Pengarah JAIS berhubung manipulasi Jamal itu. (SH 16/02/2017).
Kenyataan
media ini dibuat adalah bagi menjelaskan laporan awal hasil siasatan
keterlibatan beberapa van jenazah milik masjid-masjid kariah dalam
demonstrasi di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
(SSAAS), Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor pada 14
Februari 2017 sekitar jam 10.00 pagi. Demonstrasi ini telah diketuai
oleh Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Dato’ Seri Jamal bin Md Yunos.
Siasatan
awal yang dijalankan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
mendapati terdapat unsur-unsur memanipulasi dan mengambil kesempatan ke
atas pihak pengurusan van jenazah untuk turut sama di dalam demonstrasi
tersebut.
Pihak JAIS dimaklumkan bahawa
terdapat beberapa individu yang mendakwa dari Gabungan NGO Selangor
telah menghubungi pihak masjid untuk menyewa van jenazah bagi tujuan
antara lain untuk sesi penggambaran, kempen anti judi, pameran dan
sebagainya.
Berdasarkan kepada semakan van jenazah yang terlibat, pemilikan van ini terbahagi kepada 4 kategori iaitu:
a. Van jenazah yang dimiliki dan diselia oleh pegawai dan jawatankuasa masjid kariah
b. Van jenazah yang dimiliki dan diselia secara secara swasta atau persendirian
c.
Van jenazah yang dimiliki oleh agensi Persekutuan yang disumbangkan
kepada Jawatankuasa Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP)
d.
Van jenazah yang dimiliki oleh Badan Khairat Kematian yang berdaftar
dengan Pendaftar Pertubuhan dan tidak dikawal oleh masjid kariah.
JAIS
amat kesal dengan tindakan yang dilakukan oleh beberapa individu yang
tidak bertanggungjawab kerana telah mengeksploitasi kemudahan masjid
bagi tujuan demonstrasi di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz
Shah (SSAAS), Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor. Selain
itu, tindakan beberapa individu ini telah mencemarkan kemuliaan
institusi masjid.
Dalam hal ini, JAIS memohon
kepada semua ahli jawatankuasa masjid agar lebih berhati-hati di masa
hadapan dan menyemak terlebih dahulu program-program yang bakal
dilaksanakan oleh mana-mana pihak yang melibatkan institusi masjid agar
tidak disalahgunakan lagi pada masa akan datang.
Sekian, terima kasih.
DATO’ HARIS BIN KASIM
Pengarah
Jabatan Agama Islam Selangor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan