shahbudindotcom
Sehingga
ini sudah dua isu dibangkitkan iaitu BMF dan kerugian urusniaga forex
oleh media pro Najib Razak yang kemudian dibantu oleh laskar maya 6.6
peratus dan kumpulan pengampu Perdana Menteri yang bertujuan untuk
meletakkan kesilapan silam di bahu Tun Mahathir Mohamad.
Apa
yang nyata, tindakan itu hanya menunjukkan kumpulan pro Najib tiada isu
semasa untuk menyerang Tun Mahathir sehingga terpaksa menghidupkan
semula isu lama yang telah berlaku lebih 30 tahun yang lalu.
Jika
mereka merasakan dengan membangkitkan kedua-dua isu tersebut boleh
melemahkan perjuangan Tun Mahathir atau kesalahan boleh diletakkan di
bahunya, mereka sebenarnya telah melakukan kesilapan yang besar.
Kalau dalam bahasa orang Kedah....bodoh piang, kata mereka.
Dalam
kedua-dua isu itu, yang pertama harus disedari ialah Tun Mahathir bukan
saja berjaya menanganinya sehingga meyakinkan rakyat, malah menjadikan
beliau terus menang dengan cemerlang dan majoriti dua pertiga dalam
mana-mana pilihanraya umum yang diterajuinya.
Oleh
itu, di mana logiknya isu BMF dan forex itu mampu memberi kesan kepada
perjuangan Tun Mahathir dalam usahanya mahu menjatuhkan Najib?
Malah,
oleh kerana dalam kedua-dua isu tersebut, disebabkan Najib menjadi
menjadi sebahagian pimpinan tertinggi UMNO dan kerajaan ketika itu, ia
boleh menjadi pisau yang menikam dan melukan dirinya kembali.
Najib
tidak mungkin dapat dilepaskan, terutamanya jika minit mesyuarat MT dan
kabinet dapat membuktikan beliau bersetuju dengan segala keputusan yang
dibuat.
Yang
kedua, dengan keyakinan yang tinggi bahawa beliau tidak bersalah dan
tiada apa-apa yang dilindunginya, Tun Mahathir mampu menjadi tenang dan
tidak melatah dengan segala desakan agar ditubuhkan Suruhanjaya Diraja
berkaitan dengan BMF dan forex itu.
Cumanya,
jika Tun Mahathir cuba dikaitkan dengan kesalahan silam lebih 30 tahun
lalu yang ingin dicari salah atau benarnya, Najib pula sedang dibebani
dengan salah laku semasa yang juga ditunggu-tunggu kebenarannya.
Mereka
dialu-alukan untuk berbuat demikian (menubuhkan Suruhanjaya Diraja),
tetapi perkara yang sama juga perlu dilakukan terhadap wang RM2,600 juta
dah juga apa yang berlaku berkaitan 1MDB, kata Tun Mahathir.
Lihat...betapa tenangnya Tun Mahathir menjawabnya.
Lebih
dari itu, sementara kesalahan Tun Mahathir berlaku lebih 30 tahun lalu,
tetapi kesalahan Najib ingin diketahui oleh lebih 30 juta rakyat negara
ini.
Maka,
untuk berlaku adil dan terlanjur mahu ditubuhkan Suruhanjaya Diraja
itu, eloklah ia ditubuhkan serentak untuk semua isu-isu yang menjadi
keinginan rakyat untuk mengetahuinya.
Sudah
tentu dilihat tidak adil jika Suruhanjaya Diraja hanya ditubuhkan
berkaitan BMF dan forex saja, tetapi tidak mengenai 1MDB dan wang
RM2,600 juta yang melibatkan Najib sendiri.
Kepada
kumpulan pengampu, media kerajaan dan laskar maya 6.6 peratus, tugas
anda kini ialah harus beralih kepada mendesak secara konsisten,
berterusan dan lebih keras kepada Najib agar bersetuju dengan penubuhan
sekurang-kurangnya empat suruhanjaya iaitu berkaitan BMF, forex, 1MDB
dan wang RM2,600 juta.
Setelah Tun Mahathir bersetuju dan tiada masalah dengannya, halangan kini hanya tinggal pada Najib saja lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan