Jumaat, 10 Februari 2017

Azmin harap Zaid kekal lama dengan DAP

Oleh Nur Atiqah Samad
Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Selepas hanya bertahan selama setahun dalam PKR, Timbalan Presidennya Datuk Seri Azmin Ali berharap Datuk Zaid Ibrahim dapat kekal lama dalam parti DAP yang baru disertainya pada Selasa lalu.
 
"Tak ada (perselisihan dengan Zaid). Cuma saya setuju dengan Tun M, kita harap Zaid kekal lama dalam DAP," katanya selepas Majlis Penyampaian Surat Kelulusan Borang 5A di sini hari ini. 
 
Azmin berkata demikian ketika ditanya pendirian parti berhubung penyertaan bekas ahlinya ke dalam DAP.
 
Zaid, pada Selasa lalu, mengumumkan menyertai DAP kerana mahu meneruskan prinsip perjuangannya setelah kecewa berbuat demikian dengan PKR dan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA).
 
Penyertaan Zaid ke dalam DAP itu bagaimanapun diiringi amaran oleh penasihat parti itu, Lim Kit Siang.
 
Ujarnya, Zaid haruslah menjadi 'team player' dan bukannya 'primadona' selain berharap agar bekas calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor PKR itu 'bertahan lama' dalam DAP.
 
 

Tiada ulasan: