KUALA LUMPUR: Rampasan
lebih RM114.5 juta oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke
atas pengarah dan timbalan pengarah Jabatan Air Sabah, baru-baru ini
adalah bukti bahawa amalan rasuah semakin berlarutan dan terus membarah
di dalam negara ini.
Bekas
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata satu dasar yang
jelas diperlukan bagi menjana perubahan dalam sistem tatakelola,
pembanterasan rasuah serta ketelusan dalam proses pembidaan
tender-tender kerajaan.
“Bayangkan
jika pegawai-pegawai Jabatan Air Sabah ini mampu mengumpul dana RM200
juta, apakah ini merupakan petanda tatakelola dan pengurusan buruk
Kerajaan Pusat?
“Sepatutnya wang rakyat dan Jabatan Air Sabah diurus khusus untuk memberi perkhidmatan terbaik buat rakyat Sabah.
“Maka,
insiden ini membuktikan bahawa amalan rasuah sudah parah dan terus
membarah di negara kita yang tercinta ini,” kata Anwar dalam satu
kenyataan.
Difahamkan,
Anwar berkata demikian ekoran daripada laporan baru-baru ini yang mana
SPRM menjumpai wang tunai di dalam sebuah rumah salah seorang pegawai
kanan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Sabah dalam serbuan ke rumahnya.
Lantaran
itu, Anwar berpandangan dengan adanya dasar yang jelas, beliau percaya
ia akan dapat menjamin pengurusan teratur, jaminan nasib rakyat serta
undang-undang dan penguatkuasaan kemas.
Dalam
perkembangan lain, Anwar turut memaklumkan bahawa pihaknya masih
menantikan tindakan tegas SPRM terhadap kes pencurian wang negara yang
didakwa berjumlah lebih RM16 bilion khususnya selepas pemfailan kes oleh
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ).
“Tanpa
tindakan tegas SPRM dalam isu ini, ia bagai memberi isyarat bahawa
Perdana Menteri dan kroni-kroninya kebal undang-undang, dan
institusi-institusi dimanipulasi untuk tindakan yang selektif,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan