Alyaa Azhar
LIHAT VIDEO DI SINI
Pemimpin gerakan ‘baju merah’ Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini
dikenakan tahanan reman selama dua hari, kata penasihat undang-undang
kumpulan itu, Mohd Imran Tamrin .
Imran berkata, perintah reman 48 jam berkuat kuasa pada jam 8.30 pagi
ini selepas Jamal ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
(KLIA).
"Beliau
ditahan selama dua hari bagi membantu siasatan berhubung catatannya di
Facebook dan juga mengenai beberapa kejadian lain," kata Imran kepada
pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini.
Jamal disiasat mengikut eksyen 500 dan 503 Kanun Keseksaan kerana
fitnah dan ugutan jenayah, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia
dan Seksyen 4 (1) Akta Hasutan.
Imran tidak menolak bahawa Jamal akan turut disoal berhubung kejadian
lain yang termasuk kekecohan di Sabak Bernam dua minggu lalu.
Jamal, yang akan menghabiskan dua hari di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, ditahan sebaik sahaja pulang ke negara ini.
Menurut setiausahanya, Durrany Izam, Jamal ditangkap pada kira-kira
jam 8:30 pagi sebaik sahaja dia tiba dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis
Daerah Dang Wangi.
Jamal tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada jam 10.30 pagi dalam SUV bercermin gelap.
Walaupun digari, dia sempat melambai kepada wartawan yang menunggu di luar balai polis.
Polis sebelum ini menunggu kepulangan Jamal dari Dubai untuk
merakamkan kenyataannya mengenai pertembungan antara baju merah dan
konvoi BERSIH 5 di Sabak Bernam dua minggu lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar turut mengumumkan polis
akan menyiasat ketua Umno Sungai Besar itu berhubung posting dakwaan
amaran tentang ‘rusuhan 13 Mei’ jika perhimpunan BERSIH 5 diteruskan.
Jamal, bagaimanapun, menafikan bahawa beliau di belakang posting itu, dengan mendakwa ia dibuat menggunakan akaun palsu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan