PETALING JAYA: Tempoh reman ke atas empat individu yang dikaitkan
dengan kes penyelewengan dana air Jabatan Air Negeri Sabah (JANS)
dilanjutkan lima hari lagi bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM).
Tempoh reman ke atas keempat-empat individu itu sepatutnya berakhir pada Ahad tetapi dilanjutkan sehingga 27 Oktober ini.
"Mahkamah Majistret Tawau dan Lahad Datu masing-masing mengeluarkan
perintah tersebut ke atas empat individu terbabit iaitu seorang jurutera
bersama dua pembantu jurutera Bahagian Tawau dan seorang jurutera
Bahagian Lahad Datu.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki mengesahkan perkara tersebut lapor mstar online.
Setakat ini, SPRM telah merampas wang tunai berjumlah RM7.2 juta daripada suspek-suspek yang ditahan dalam Op Water Fasa II.
SPRM masih menjalankan proses merakam percakapan semua suspek yang
ditahan untuk mengumpul lebih maklumat melibatkan penyelewengan dana air
JANS bernilai RM3.3 bilion.
Sejak Ops Water dilancarkan pada 4 Oktober lalu pasukan penyiasat SPRM
telah mengambil keterangan daripada 90 saksi bagi membantu siasatan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan