Zulaikha Zulkifli
Walaupun terdapat pihak yang bersatu dengan pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan, namun ia tidak menggerunkan MIC kerana BN mempunyai seorang "panglima Bugis".
Presiden MIC Datuk Seri S Subramaniam berkata, panglima Bugis yang merupakan jeneral dalam BN itu kini telah menghunus pedang dan menunggu waktu untuk memimpin dan bergerak ke depan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
"Mantan perdana menteri yang tidak berpuas hati bersama seorang lagi bekas timbalan perdana menteri telah bersekongkol dengan gabungan pembangkang yang rapuh kini cuba bersatu untuk menjatuhkan kepimpinan dan kerajaan BN.
"Kita perlu bangkit dan harungi cabaran ini.
"Kita ada seorang panglima Bugis sebagai jeneral yang telah menghunus pedang dan hanya menunggu waktu untuk memimpin dan bergerak ke depan," katanya.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung MIC ke-70 di ibu negara hari ini.
Panglima Bugis itu dipercayai merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang hadir merasmikan perhimpunan tersebut.
Menteri kesihatan itu juga memberitahu, sejak Najib menjadi perdana menteri beliau banyak membuat pembangunan untuk masyarakat India.
Najib sahabat rapat
Malah kata Subramaniam pembangunan yang dibuat Najib lebih banyak jika dibandingkan dengan perdana menteri sebelum ini.
"Sejak Datuk Seri Najib mengambil tampuk pemerintahan pada 2009, Datuk Seri telah menjadi sahabat rapat yang disayangi masyarakat India.
"Dalam masa tujuh tahun ini, Datuk Seri telah melakukan banyak pembangunan untuk masyarakat India berbanding dengan mana-mana perdana menteri Malaysia sebelumnya.
"Malah perdana menteri yang paling lama pun hanya melakukan peratusan yang sangat sedikit jika dibandingkan dengan apa yang telah dibuat oleh Datuk Seri," kata anggota parlimen Segamat itu.
Justeru, beliau berkata, masyarakat India amat berterima kasih terhadap segala inisiatif serta bantuan yang diberikan khususnya dalam pembangunan sekolah-sekolah tamil.
Sementara itu, sebelum perhimpunan bermula, ratusan anggota penentang Subramaniam berkumpul di luar PWTC untuk menyambut ketibaan Najib yang akan merasmikan perhimpunan agung MIC hari ini.
Kumpulan itu diketuai oleh bekas bendahari MIC Datuk R Ramanan dan turut membawa sepanduk antaranya bertulis "Subra pengkhianat kaum India" dan "We Love PM".
Mereka berkumpul antaranya menggesa supaya Subramaniam meletakkan jawatan sebagai presiden MIC.
Ketika diaju soalan pada sidang media selepas perasmian perhimpunan agung MIC, Subramaniam enggan mengulas mengenai insiden di luar PWTC berkenaan.
Malah, ketika ditanya sama ada Subramaniam akan bertemu dengan Ramanan ekoran saranan Najib yang mahukan masyarakat India bersatu, beliau hanya berkata: "Mood belum sampai."

Tiada ulasan:
Catat Ulasan