Khamis, 20 Oktober 2016

Harga minyak masak naik, kekurangan bekalan dijangka

MALAYSIA GAZETTE
 



Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Peniaga-Peniaga Barang Runcit, Hong Chee Meng menjangkakan minyak masak akan mengalami kekurangan stok dalam tempoh dua minggu akan datang.

Chee Heng berkata, keputusan kerajaan untuk menaikkan harga minyak masak pada purata 15 peratus mulai 1 November merupakan sesuatu yang mengejutkan.

Katanya, kerajaan boleh mengurangkan subsidi untuk minyak masak, tetapi ia harus diadakan secara berperingkat iaitu pengurangan sebanyak tiga peratus pada tahun ini diikuti dengan lima peratus pada tahun depan.

"Kini kerajaan mengumumkan kenaikan harga pada 1 November, orang ramai pasti akan berebut-rebut untuk membeli minyak masak.

"Ini reaksi pasaran yang biasa dan pembekal juga akan berdepan masalah kekurangan stok," katanya kepada Sinchew Daily.

Katanya lagi, kerajaan juga perlu mengambil kira beban rakyat semasa membuat keputusan mengenai pengurangan subsidi minyak masak.

"Dengan pembatalan subsidi minyak masak, adakah ia bermakna makanan yang lain juga mengalami kenaikan harga?

"Jika harga minyak masak mengalami kenaikan harga 15 peratus, adakah harga masakan seperti mi wantan dan char kuetiau juga boleh dinaikkan sebanyak 15 peratus?

"Jika kenaikan harga oleh peniaga dianggap sebagai mencatut, adakah kenaikan harga minyak juga sejenis kegiatan mencatut?," tanya Chee Meng.


Tiada ulasan: