Walaupun
cuba diberi gambaran buruk dengan pelbagai label dan gelaran, tindakan
Ahli-Ahli Parlimen pembangkang meninggalkan dewan ketika Najib Razak
sedang membentangkan Bajet 2017, sebenarnya adalah sesuatu yang wajar
dan penuh intergriti.
Insiden
bermula dengan Najib sendiri yang tidak menyedari dan bagaikan lupa
diri bahawa berdirinya beliau membentangkan bajet tersebut adalah atas
kapasiti sebagai Menteri Kewangan dan bukannya sebagai Presiden UMNO
atau Pengerusi BN.
Beliau
seharusnya menumpukan ucapannya hanya untuk kepentingan rakyat dan
negara, bukannya seperti berucap dalam kempen pilihanraya atau di atas
pentas Perhimpunan Agung UMNO.
Mengambil
banyak masa untuk mencela dan menghentam wakil pembangkang ketika
membentangkan bajet untuk faedah 30 juta rakyat, lebih-lebih lagi dengan
dakwaan sandiwara dan pengkhianat, adalah sesuatu yang di luar
kebiasaan dan terbabas daripada landasan yang sewajarnya.
Menyindir
sikit-sikit atau melemparkan kata-kata sinis kepada pihak pembangkang
dengan nada bergurau dan sambil tersenyum sepertimana yang biasa
dilakukan oleh Tun Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim ketika mereka
membentangkan bajet masing-masing suatu ketika dahulu, memang merupakan
lumrah yang dapat diterima umum.
Malah,
jika kita imbas kembali, sindiran dan kata-kata sinis Tun Mahathir dan
Anwar kepada pembangkang ketika itu semuanya dapat diterima dengan
senyum ketawa oleh Ahli-Ahli Parlimen pembangkang.
Ini kerana mereka sedar ia sekadar guaraun untuk menceriakan suasana semata-mata.
Tetapi
Najib bukan saja mengambil banyak masa untuk menyerang pembangkang,
malah serangan dan hentamannya tidak ubah seperti pengkhutbah yang
pincang.
Najib
menasihatkan rakyat berjimat cermat dan tidak makan di restoran mahal,
sebaliknya hanya membeli "nasi lemak anak dara", tetapi adakah beliau
pernah menasihati isteri dan keluarganya daripada tidak bermewah dalam
berbelanja?
Dalam
hal ini, memang wajar Ahli-Ahli Parlimen pembangkang keluar dewan.
Najib yang lebih dulu melanggar etika dengan berperangai tidak
sewajarnya. Jika perkara yang sama berlaku di Jepun, Taiwan dan
negara-negara Eropah, sudah pasti mereka juga akan meninggalkan dewan
sebagai tanda bantahan.
Hanya
dengan meninggalkan dewan, Najib dapat diberitahu bahawa tindakannya
membuat dakwaan semberono, adalah sesuatu yang salah. Sebelum mahu
mengusik atau menyindir pembangkang, Najib sepatutnya banyak belajar
daripada Tun Mahathir dan Anwar atau mengambil sedikit masa menonton
kembali video pembentangan bajet oleh kedua-dua tokoh tersebut yang
pernah menjadi menteri kewangan cemerlang sebelum ini.
Lagi
pula, wakil-wakil pembangkang juga hanya keluar dewan setelah "dihalau"
oleh Speaker, Pandikar Amin Haji Mulia yang meminta mereka berbuat
demikian jika tidak sedia mendengar pembentangan oleh Najib itu.
Jadi, siapa yang salah?
Nombor
satu paling salah ialah Najib dan kedua, Pandikar yang gatal mulut
menghalau mereka, sama seperti gatalnya mulut beliau suatu ketika
dahulu mengadu kepada Tun Mahathir mahu meletakkan jawatannya, tapi
kemudian tidak cukup kekuatan dengan sendiri punya pendirian.
Dalam
aspek yang lain, sebelum mahu mencela dan menghentam orang lain, Najib
juga seharusnya sedar siapa dirinya yang sebenar. Beliau mesti selalu
melihat-lihat cermin menonton wajahnya sendiri.
Hakikatnya,
Najib bukan saja sedang terperosok dengan pelbagai isu melibatkan diri,
isteri dan keluarganya, malah skandal kewangan yang terkait dirinya
adalah yang terbesar dalam dunia ketika ini.
Beliau
masih kekal berkuasa hanya kerana menguasai semua instrumen penting
dalam negara, tetapi di luar negara, seluruh dunia sedang menyaksikan
satu demi satu tindakan penguatkuasaan sedang diambil berkaitan 1MDB
yang mana beliau sendiri berkuasa dan berperanan penting di dalamnya.
Jadi,
tindakan keluar dewan sambil menuntut pengakuan tentang MO1 daripada
Najib memang sesuatu yang wajar untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa
kes melibatkan beliau dan keluarganya belum lagi berakhir dan jauh
sekali untuk terus dilupakan.
Tambahan lagi, semua hal berkaitan 1MDB langsung tidak dibenar untuk dibincangkan di Parlimen.
Selain
itu, Najib juga sebelum ini telah dinobatkan sebagai Menteri Kewangan
Terburuk Asia 2016 oleh sebuah portal kewangan antarabangsa,
AsiaFinance. Bermakna, Bajet 2017 semalam dibentangkan oleh seseorang
yang terburuk, bukan terbaik.
Maka,
bersama semua itu, jauh lebih mengaibkan jika Ahli-Ahli Parlimen
pembangkang, masih sanggup mendengar sampai habis ucapan belanjawan
yang disampaikan oleh Najib yang bukan saja sudah disahkan sebagai
terburuk, tetapi juga sebenarnya telah sifar wibawa dan intergriti dalam
dirinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan