PERAK gagal memanfaatkan peluang beraksi di gelanggang sendiri apabila terikat tanpa jaringan dengan Kelantan pada aksi Liga Super 2016 di Stadium Perak, malam tadi.
Beraksi tanpa kelibat kapten, Mohd Nasir Basharuddin dan pakar sepakan percuma, Muhammad Nurridzuan Abu Hassan Saari jelas menjejaskan rentak permainan skuad The Bos Gaurus itu.
Kesempatan itu nyata menyaksikan kesebelasan Kelantan berjaya mengawal sebahagian besar perlawanan.
Malah, skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) itu hampir berjaya memerangkap tuan rumah menerusi beberapa percubaan berbahaya ke pintu gol.
Bagaimanapun penjaga gol skuad Kejor Yeop Skor, Muhammad Hafizul Hakim beraksi cemerlang bagi menafikan sekurang-kurangnya dua percubaan tepat ke gawang Perak.
Kecemerlangan berkenaan sekali gus menyaksikan pemain berkenaan turut dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan malam tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan