Isnin, 29 Februari 2016

NAJIB AKAN 'DIBOM' LAGI ESOK DI KLIA?

shahbudindotcom


Di bawah ini adalah antara petikan menarik yang dilontarkan oleh Muhyiddin Yassin dalam kenyataan medianya dua hari lalu sebaik saja MT UMNO membuat keputusan menggantung jawatan Timbalan Presiden UMNO yang disandangnya sehingga pemilihan 2018 yang akan datang.
 
 
 
 
 
Gambaran petikan itu seolah-olah dunia sudah terbalik di mana yang bersalah dan terpalit dengan skandal dipertahan dan dikekalkan, manakala yang menegur untuk kebaikan bersama, disingkir dan dibuang.

Esok 1 Mac pula, Muhyiddin akan kembali daripada luar negara dan dijangka tiba di KLIA pada jam 6.00 petang. 

Hebahan kepada rakan-rakan dan penyokong untuk menyambut kepulangannya sudah disebarkan sejak malam tadi dengan tujuan agar seramai mungkin dapat memberi sokongan terus menerus kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Apakah esok petang ada lagi "bom" yang akan dilemparkan oleh Muhyiddin khususnya tentang dana RM42 juta daripada SRC International, setelah dalam kenyataannya sebelum ini mengatakan telah ditunjukkan bukti oleh Gani Patail mengenai wujudnya perlakuan berunsur jenayah melibatkan Najib?


Tiada ulasan: