Isnin, 29 Februari 2016

KAYM tawar bantuan dana pendidikan RM13.2 juta

BERNAMA




Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM) menawarkan Dana Pendidikan berjumlah RM13.2juta bagi pelajar yang ingin menyambung pengajian peringkat diploma dan ijazah di KAYM.

Menurut Ketua Eksekutifnya, Datuk Saroni Judi, KAYM memperuntukkan Dana Pendidikan sebanyak RM13.2juta kepada lepasan SPM,STPM, STAM, Asasi dan Diploma kepada mereka yang layak menyambung pengajian di KAYM.

Ini merangkumi dermasiswa yuran pengajian bagi membolehkan pelajar yang ibu bapanya berpendapatan RM8,000 sebulan ke bawah mendapat pembiayaan penuh dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan sekaligus dapat meringankan beban ibu bapa membiayai yuran pengajian anak mereka di KAYM.

“Dana Pendidikan ini adalah dalam bentuk dermasiswa bagi pengurangan Yuran Pengajian sehingga RM9,900 mengikut program diploma yang dipilih pelajar,” katanya.

Saroni berkata, insentif yang ditawarkan memberi peluang kepada lebih pelajar melanjutkan pengajian tambahan pula pelajar diploma juga boleh membuat pemindahan kredit yang layak untuk meneruskan pengajian ijazah.

Bagi program ijazah pula KAYM juga menanggung kos yuran Asrama pelajar bagi semester pertama dan Alumni KAYM pula diberi potongan sebanyak 50 peratus bagi yuran pendaftaran dan terbuka kepada semua kaum di Malaysia” katanya.

KAYM menawarkan program ijazah UTM iaitu Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran),Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia), Sarjana Muda Sains Komputer (Perisian Grafik & Multimedia) dan Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian & Keselamatan Komputer).

“Bagi program kerjasama UTM-KAYM, para pelajar tidak perlu bimbang walaupun
belajar di KAYM kerana semua silibus dan kertas peperiksaan adalah dari kampus induk UTM sendiri dan majlis konvokesyen juga di UTM induk “.

"Dengan bantuan seperti dermasiswa dan penginapan yang dibiayai ini, dapat membantu meringankan beban pelajar yang memerlukan bantuan kewangan serta mengurangkan kos tanggungan ibu bapa," katanya.

Bagi mereka yang berminat memohon Dana Pendidikan tersebut, boleh daftar secara online di laman web www.icym.edu.my dapatkan tarikh dan tempat Prebiu Dana Pendidikan ICYM seluruh Malaysia atau hubungi atau hubungi talian 06-281 0218.


Tiada ulasan: