Jumaat, 26 Februari 2016

Panel pemantau SPRM tak akan dimansuh

MALAYSIAKINI


Kerajaan tidak akan memansuhkan dua panel bebas yang memantau perjalanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata ketua pesuhruhjayanya Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Katanya, Panel Penilaian Operasi (PPO) dan Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) dibentuk secara pentadbiran bawah Akta SPRM 2009.

“Kerajaan kini dalam proses membuat pelantikan keahlian panel-panel berkenaan bagi penggal baru,” katanya.

PPO dan panel khas SPRM sebelum ini mahu Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali memberi penjelasan kepada orang ramai mengapa beliau tidak memberi tekanan untuk mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bekas ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan, sebagai jurucakap panel khas itu berkata, terdapat perkara tertentu orang awam mahu tahu kenapa kes kemasukan wang RM2.6 bilion ke akaun Najib dan SRC International ditutup.


Tiada ulasan: