SHAH ALAM: Susulan teguran terbuka di dalam PKR terhadap Timbalan
Presiden parti, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, tidak mustahil parti itu
melancarkan gerakan ala “Langkah Kajang” untuk menurunkan beliau sebagai
Menteri Besar Selangor, kata sumber parti.
Sumber berkenaan - seorang wakil rakyat PKR - mendedahkan tidak
mustahil Azmin menerima nasib sama seperti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Beliau percaya Lembaga Displin parti mempunyai asas kukuh untuk
meneliti beberapa rungutan yang kian menular terhadap pemimpin nombor
dua PKR itu.
"PKR mempunyai Lembaga Disiplin yang akan melihat sama ada dakwaan itu
benar atau sebaliknya. Undang-undang di dalam parti tidak kenal siapa,
kena tegas, “ kata sumber berkenaan.
Azmin dibelit dengan pelbagai tuduhan dan dakwaan salah dan pemborosan
sebagai MB oleh kalangan ahli parti namun pemimpin berkenaan menafikan
segalanya sebagai fitnah oleh musuh poliik beliau.
Sumber itu yang juga ahli veteran parti menegaskan tindakan terhadap
Azmin boleh diambil seandainya Timbalan Presiden PKR itu enggan merubah
ketempangan di dalam pentadbiran negeri.
"Jika kesalahan itu dilakukan, mengapa tidak (pecat) seperti Khalid?
Apakah PKR tidak ada orang lain yang lebih berwibawa? Kita punya ramai
lagi.
"Untuk lihat bagaimana sikap seseorang itu, kita beri mereka jawatan.
Dan itulah yang berlaku terhadap Azmin. Saya benar-benar kecewa,
menyesal yang teramat sangat.
"Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum PKR) sering berkata PKR adalah
parti reformasi. Jika gagal, kena ada gantinya. Jika tidak nampak
kejayaannya, kena tukar.
"Saya tidak nampak apa sebab yang kita tidak boleh tukar sebab kita
sudah lakukan perkara yang sama terhadap Khalid. Jika ia (dakwaan) itu
benar, kita kena lakukan (singkir Azmin)," tegasnya.
Pemimpin ini adalah antara individu yang sering dikaitkan dengan 'kem
Azmin' sebelum ini dan antara yang paling lantang menyerang pentadbiran
Khalid suatu ketika dahulu sehingga digantikan oleh Azmin.
Sebagai individu yang pernah rapat dengan Azmin, beliau kini meluahkan
rasa kesalnya memberi sokongan kepada ADUN Bukit Antarabangsa itu.
"Saya sebagai panglima dan pahlawan yang menaikkan Azmin, yang
menyerang Khalid secara konsisten tanpa henti. Balun sehingga Khalid
tersingkir. Namun masih ada lagi individu yang bongkak, jauh dari luar
kemampuan saya untuk berfikir.
"Saya berdoa jangan dibukakan nafsu serangan saya seperti sebelum ini
(terhadap Khalid). Biarlah nafsu serangan itu dibaluti dengan janji dan
amanah Azmin," tegasnya lagi.
Beliau bagaimanapun tidak gentar sekiranya parti mahu mengenakan
tindakan jika mengambil keputusan untuk mendedahkan dakwaan-dakwaan
tertentu terhadap Azmin secara terbuka.
"Saya bertapak dalam politik kerana Anwar. Mana mungkin saya
mengkhianati amanah itu. Jika saya terpaksa menyelamatkan rakyat dan
parti serta menjaga maruah pemimpin saya, saya tidak teragak-agak untuk
buat serangan," tambahnya.
Azmin menggantikan Khalid sebagai menteri besar pada September 2014.
Khald disingkirkan setelah dituduh oleh Azmin dan ramai pemimpin PKR
lain sebagai membelakangkan parti dan sering mengambil sikap tidak
peduli terhadap masalah rakyat.
Azmin berjanji untuk tidak mengulangi kesilapan itu namun beliau turut
dibelit dengan beberapa kontrovesi melibatkan peruntukan jutaan ringgit.
Azmin dikaitkan dengan peruntukan kontrovesi RM9.7 juta dalam projek pintu gerbang Kota Darul Ehsan.
Beliau juga dibelit dengan dakwaan pemberian projek balak secara tidak
telus, selain dakwaan campurtangan dalam pelantikan ahli-ahli majlis
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Tindakan Azmin merestui projek penukaran kubah Masjid Negeri Shah Alam
yang berjumlah RM32.4 juta dipersoal pelbagai pihak, namun beliau
menggunakan alasan ia 'dibenarkan' atas nama Islam.
Semalam, Pengerusi PKR Terengganu Azan Ismail akur ramai ahli PKR resah terhadap Azmin.
"Yang merungut sekarang adalah ahli parti kan? Maksudnya (rungutan)
kegagalan itu datangnya ahli parti dan parti. Saya tidak mahu dan tidak
berminat untuk ambil tahu kegagalan beliau sebagai MB. Saya hanya
berminat untuk ambil tahu sekiranya beliau gagal menjalankan tugas
mewakili PKR.
"Sepatutnya sebagai MB yang mewakili PKR, selain daripada menguruskan
negeri, Azmin tidak boleh melupakan tanggungjawabnya mewakili PKR untuk
membantu PKR," kata beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan