Khamis, 25 Februari 2016

Piala AFC: JDT menang besar lawan ‎Ayeyawady United

Piala AFC: JDT menang besar lawan ‎Ayeyawady United
Marcos Antonio meraikan gol selepas menyumbat gol kedua JDT pada perlawanan berkenaan.
 
 

JUARA Piala AFC 2015, Johor Darul Ta'zim (JDT) mempamerkan aksi kelas tersendiri apabila berjaya menjinakkan pasukan dari Myanmar, Ayeyawady United 8-1 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, sebentar tadi.

Pesta gol JDT itu menyaksikan skuad kendalian Mario Gomez berjaya memperoleh tiga mata penuh bagi saingan pertama peringkat kumpulan H, Piala AFC 2016.

Kapten Pasukan, Safiq muncul penjaring Hatrik Harimau Selatan selepas membuka jaringan pertama pasukan pada minit ke-4.

Namun, pelawat tidak menunggu lama apabila rembatan minit ke-6 pemain tengah mereka, Thiha Zaw berjaya menewaskan Farizal Marliaz.

Masuk minit ke-13, menyaksikan awang import JDT, Jorge Pareyra Diaz meledak gol kedua tuan rumah hasil daripada hantaran silang S.Kunanlan.

JDT melebarkan jurang permainan apabila Marcos Antonio berjaya menampan masuk bola ke gawang lawan hasil sepakan sudut Safiq Rahim pada minit ke-30.

Babak kedua bersambung menyaksikan, Safiq menunjukkan magisnya apabila dua lagi gol berjaya dihasilkan sementara import terbaru JDT, Martin Lucero turut menyumbat dua gol.

Kenduri gol Harimau Selatan berakhir apabila, petahanan JDT, Aidil Zafuan menyempurnakan gol ke-8 pasukan menerusi tandukam dari sepakan percuma Safiq Rahim.


Tiada ulasan: