PKR Sarawak mahu penjelasan daripada Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem mengenai alasan mengapa Menteri Pelajaran Datuk Seri Mahdzir Khalid tidak dihalang daripada memasuki Sarawak walaupun didakwa menghina penganut Kristian yang adalah penduduk besar di negeri itu.
"Ketua Menteri Adenan Satem telah berjanji untuk menghalang golongan pelampau daripada ke Sarawak.
Baru merujuk kepada kenyataan Mahdzir yang dibuat tahun lalu pada mesyuarat tahunan Umno bahagian Hulu Langat.
Dalam ucapannya, Mahdzir mendakwa Sarawak Report yang melaporkan dakwaan penyelewengan syarikat pelaburan negara 1MDB dan ‘derma’ RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri adalah sebahagian daripada konspirasi Kristian dan Yahudi untuk memecah-belahkan umat Islam.
"Yahudi dan Nasrani sudah berjanji selagi ada bulan dan bintang, selagi ada bumi sebelum kiamat kami akan menentukan nasib umat Muhammad ini dalam keadaan yang payah dan keliru serta berpecah belah sesama mereka, itu janji Yahudi dan Nasrani.
Walaupun menerima pelbagai bidasan, Mahdzir tidak memohon maaf atas kenyataannya itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan