Ahad, 7 Februari 2016

Hassan Sani: Terima kasih Ola Bola

Hassan Sani: Terima kasih Ola Bola
 

WATAK Ali dilihat mirip pemain asal skuad bola sepak Malaysia, Hassan Sani.

Antara dialog yang mengimbau kenangan itu, ketika perlawanan akhir di mana pengulas Rahman menyebut 'Ali...Cucuk...Ali' yang pernah diungkapkan kepada Hassan Sani pada perlawanan akhir bola sepak menentang Korea Selatan pada 1980.

Ketika dihubungi Sinar Harian, Hassan, 58, meluahkan rasa bangga dan berterima kasih di atas penerbitan filem Ola Bola yang mengembalikan nostalgia kegemilangan bola sepak negara.

Teruja kerana filem itu membuka mata masyarakat mengenai kisah suka duka pemain bola sepak suatu ketika dahulu.

"Bagi saya, filem ini lebih menjurus kepada golongan sekarang untuk mengenali bekas pemain bola sepak kebangsaan yang pernah berbakti kepada negara.

"Suka, duka pernah yang kami lalui dapat dirasai penonton menerusi filem ini. Ia sebuah penghargaan besar kepada bekas pemain bola sepak kebangsaan negara ini," katanya.

Tambah Hassan, menonton filem ini mengimbau kenangannya bersama teman-teman lama yang mana ia tiada dalam filem ini.


Tiada ulasan: