QURNISHA HAMKA
Khaw (tiga dari kanan) menerima memorandum yang diserahkan wakil PH berhubung isu TPPA. - Foto TRP/ Qurnisha Hamka
KUALA LUMPUR, Pakatan Harapan (PH) menghantar satu memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), bagi mendesak ia menyemak kandungan rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
Menurut wakil PH, Charles Santiago,
memorandum berkenaan antaranya menuntut Suhakam melakukan tiga perkara
berhubung perjanjian tersebut.
“Kita minta pihak Suhakam lakukan tiga
perkara, iaitu: Satu inkuiri terbuka, kajian mengenai hak asasi manusia
melalui TPPA dan cadangan supaya isu TPPA ini dikaji dan dilaporkan
setiap tahun.
“Sebab di dalam perjanjian ini, ia
melibatkan banyak hak asasi manusia, salah satunya ialah kemudahan
perubatan dan ubat-ubatan,” katanya pada sidang media selepas selesai
memberi penerangan kepada Suhakam hari ini.
Charles menyifatkan usaha kerajaan mendedahkan kandungan perjanjian perdagangan itu sebagai tidak telus.
Ini
kerana, katanya, kandungan yang didedahkan itu, ditulis menggunakan
bahasa Inggeris yang sukar difahami setiap lapisan masyarakat.
“Kandungan itu di dalam bahasa Inggeris dan banyak terma-terma perdagangan yang sukar difahami.
“Kami cadangkan sebelum ini untuk
terjemah kepada bahasa Malaysia dan juga Mandarin, tetapi mereka tidak
mengambil endah perkara itu.
“Ini semua mengarut, kerajaan tidak mahu
pun sebenarnya rakyat memahami isu kandungan perjanjian TPPA itu,”
tambah Ahli Parlimen Klang itu.
Turut hadir dalam sesi penerangan bersama
Suhakam itu adalah Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen dan Ahli
Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli.
Menurut Wong Chen, kandungan TPPA dilihat memberi ancaman kepada hak asasi manusia, khususnya rakyat Malaysia.
Oleh itu, beliau berharap Suhakam dapat
membantu pihaknya membuat pendedahan sebenar berhubung kandungan
perjanjian itu yang berada di bawah seliaan Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri (Miti).
“Ada cerita mengenai hak asasi manusia di sebalik perjanjian ini.
“Dan kami berusaha untuk melindunginya,” katanya.
Memorandum itu diserahkan kepada Naib Pengerusi Suhakam, Datuk Dr Khaw Lake Tee di pejabat suruhanjaya itu.
Pada 5 November lalu, Miti mendedahkan
kandungan perjanjian TPPA di laman web rasminya, susulan desakan
ahli-ahli parlimen pembangkang.
Perjanjian itu yang merangkumi 30 bab, boleh diakses semua lapisan masyarakat untuk meneliti kandungan TPPA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan