FERNANDO FONG
Kajian telah dijalankan
oleh Universiti Kebangsaan Malaysia di lokasi Sungai Bertam dan Sungai
Terla, dan juga pada air paip di Brinchang. - Foto TRP
KUALA LUMPUR, Racun perosak yang diharamkan
penggunaannya kerana mempunyai kesan buruk terhadap manusia dan alam
sekitar, didapati masih digunakan di Cameron Highlands berikutan pihak
berkuasa gagal untuk mengenal pasti dalang terbabit.
Pengarah Eksekutif Pesticide Action
Network Asia and Pacific (PANAP), Sarojini V. Rengam berkata Lembaga
Racun Makhluk Perosak dari Kementerian Pertanian telah menjalankan
siasatan di Cameron Highlands pada Mac dan April tahun ini.
Ini adalah sejurus selepas PANAP
menjelaskan penemuannya pada Mac bahawa racun perosak yang diharamkan,
di mana pengunaannya mempunyai kesan buruk kepada manusia dan alam
sekitar, didapati bukan sahaja di sungai tetapi juga di dalam air paip
di Cameron Highlands.
Racun perosak yang diharamkan di banyak negara termasuk Malaysia, ditemui di lima sampel tapak.
Kajian
telah dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia di lokasi Sungai
Bertam dan Sungai Terla, dan juga pada air paip di Brinchang.
Racun perosak yang mengakibatkan maut
termasuk Endosulfan merupakan sangat akut toksin dan pengganggu endokrin
disyaki diharamkan pada 2005 di bawah Akta Racun Makhluk Perosak 1974.
“Setakat yang kita tahu, pihak berkuasa
tidak dapat mengesan punca racun perosak yang diharamkan kerana penjual
hanya akan menjualnya kepada orang-orang yang mereka kenal.
“Ini bermakna bahawa pengguna masih lagi
terdedah untuk makan sayur-sayuran dari Cameron Highlands, hasil
penggunaan racun perosak ini,” katanya kepada The Rakyat Post.
Difahamkan, racun perosak boleh
menyebabkan ‘kecacatan kelahiran, kerosakan saraf, kanser, dan
sebagainya, menurut Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat
(EPA).
Sarojini memberi amaran bahawa penggunaan
racun perosak yang diharamkan itu akan menyebabkan orang ramai
menghadapi pelbagai ancaman kesihatan awam dan alam sekitar, melalui
jangka masa panjang daripada racun perosak biasa.
Satu faktor utama yang menyumbang kepada
penggunaan berlebihan racun perosak adalah kurangnya percaya di kalangan
petani bahawa mereka boleh berjaya menanam tanaman dan memaksimumkan
hasil tanpa bergantung kepada bahan kimia.
“Kami cuba mendidik petani daripada
membuang segala-galanya bagi melindungi tanaman mereka, mereka juga
boleh memohon penggunaan Agroecology, di mana prinsip dan strategi
direka untuk membentuk sistem pertanian mampan.
“Dengan mengurangkan atau menghapuskan
input sintetik, ia juga dapat menjimat wang kerana petani boleh
membelanjakan antara RM5,000 dan RM10,000 setiap musim bagi setiap ekar
tanah ladang,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan