BERNAMA
Kejadian itu mengakibatkan satu unit lampu di tepi landasan mengalami kerosakan. - Foto hiasan
SIBU, Sebuah pesawat A320 AirAsia tidak dibenarkan berlepas dari Lapangan Trbang Sibu, malam ini, selepas tayar belakangnya meletup sebaik sahaja mendarat kira-kira jam 7.20 malam tadi.
Pengurus Malaysia Airport Berhad Sibu,
Zainuddin Abu Nasir berkata, kesemua 138 penumpang serta enam anak kapal
penerbangan AK6440 itu tidak mengalami kecederaan, dan pesawat tidak
dibenarkan berlepas, setelah diarah ke ‘Bay 3′, sebaik sahaja mendarat.
Beliau berkata, kejadian itu
mengakibatkan satu unit lampu di tepi landasan mengalami kerosakan,
namun ia tidak menjejaskan jadual penerbangan lain pada malam ini.
“Pesawat sudah diletakkan di ‘open bay’
kami dan sedang dibaiki, manakala lampu landasan sudah ditukar,” katanya
ketika dihubungi.
Beliau berkata, penumpang yang sepatutnya
menaiki penerbangan dari Sibu ke Kuching pada jam 7.50 malam tadi,
terpaksa menunggu sebuah pesawat AirAsia lain yang dijangka berlepas
awal pagi nanti.
Menurutnya, punca kejadian itu masih dalam siasatan.
Sementara itu, difahamkan kejadian
tersebut mengakibatkan kelewatan selama beberapa jam bagi dua lagi
penerbangan, MH3383 ke Kuching dan MH3660 ke Miri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan