C4 membuat desakan itu berdasarkan 'sikap acuh tak acuh' Perdana Menteri dalam menjawab kontroversi dana RM2.6 bilion.
PETALING JAYA: Pertubuhan anti rasuah, C4, mendesak Bank Negara Malaysia (BNM) menjalankan siasatan terbaharu terhadap Perdana Menteri berhubung pengubahan wang haram.
Pengarah Eksekutif C4, Cynthia Gabriel juga menyarankan BNM agar mengumumkan kepada rakyat siasatan awal perkara itu.
Dia merujuk kepada ‘sikap acuh tak acuh’ Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak hadir di Dewan Rakyat bagi menjawab kontroversi RM2.6 billion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya seminggu sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Dia medakwa Najib cuba bersembunyi dengan menghantar Timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menjawab soalan selain bersembunyi di sebalik alasan ‘tidak mahu mengganggu siasatan siasatan kes itu’.
Katanya, Najib sepatutnya berani berhadapan rakyat dan mengambil tanggungjawab terhadap isu itu ataupun meletak jawatan.
Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Othman Said menjelaskan, Najib dinasihat oleh Peguam Negara, Tan Sri Apandi Mohamed Ali supaya tidak menjawab soalan RM2.6 billion untuk tidak mengganggu siasatan yang sedang berjalan.
Najib telah menjelaskan RM2.6 bilion adalah derma daripada Timur Tengah sebagai dana politik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan