shahbudindotcom.
Timbalan
Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin nyata sudah berani bangun untuk melawan
berikutan sekatan yang dikenakan terhadapnya untuk merasmikan
Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO tahun ini.
Sebagai
tindak balas atas larangan tersebut, beliau dijadual akan mengadakan
suatu perhimpunan untuk menyampaikan amanatnya di Kelab Sultan Sulaiman,
Kampung Baru pada hari Isnin, 7 Disember jam 8.30 malam.
Dengan
mengadakan perhimpunan itu, bermakna Muhyiddin akan terus mara ke
hadapan dan tidak lagi menoleh ke belakang dalam perjuangannya untuk
berhadapan dengan Najib Razak yang semakin terhakis sokongan rakyat
terhadapnya.
Siapa lagi dijangka hadir? Adakah Tun Mahathir Mohamad dan Shafie Apdal akan hadir sama?
Di
sebalik sama ada hanya Muhyiddin yang hadir atau ada pemimpin lain akan
turut serta, persoalan utama yang perlu diambil kira ialah berapa ramai
dijangka boleh bersama-sama dalam perhimpunan itu nanti?
Lima ribu, sepuluh ribu atau lebih daripada itu?
Adakah
pula Najib Razak dan para penyokongnya hanya akan berdiam diri saja dan
tidak melakukan sebarang usaha untuk menyekat kehadiran orangramai ke
program tersebut?
Walaupun
sehingga ini dilihat ramai yang ingin hadir mendengar ucapan dan
memberi sokongan kepada Muhyiddin dalam program yang diadakannya itu,
namun jika kehadirannya kurang daripada seribu orang, ia tentu saja
dianggap suatu kegagalan bagi bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Oleh
itu risikonya memang ada. Memandangkan kesan mengadakan perhimpunan ini
agak besar kepada imej Muhyiddin dalam fasa-fasa perjuangan beliau
seterusnya, para petugas dan orang kanan serta kirinya haruslah berusaha
keras bagi memastikan kehadiran benar-benar memberi impak kepada agenda
perubahan yang diperjuangkan.
Jangan
sampai hanya sekitar seribu atau kurang daripada itu yang hadir. Mesti
dipastikan sekurang-kurangnya antara tiga hingga lima ribu yang
menghadirinya. Jika dapat lebih daripada itu, lebih berbaloi lagi.
Dalam
masa yang sama, orangramai yang hadir pula, tidak harus melihat
perhimpunan itu semata-mata untuk kepentingan Muhyiddin saja, tetapi
yang lebih penting ialah untuk menerus serta meningkatkan lagi tekanan
terhadap Najib bagi agenda perubahan demi menyelamatkan negara.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan