THE RAKYAT POST
Datuk Mustafa Ali
kenyataan Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu yang
mengaitkan Pas dengan kumpulan militan Negara Islam (IS) adalah strategi
DAP untuk terus memburukkan Pas yang kini dianggap sebagai musuh nombor
satu DAP. Foto fail TRP
KUALA LUMPUR, Pengarah Pilihanraya Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali menyifatkan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu tidak kisah menjadi alat atau jurucakap DAP semata-mata untuk menyelamatkan dirinya.
Apa lagi ketika ini, persepsi umum sudah pun melihat PAN sebagai tidak lebih daripada proksi DAP.
Mustafa berkata, malah, kenyataan Mohamad
Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu yang mengaitkan Pas dengan
kumpulan militan Negara Islam (IS) adalah strategi DAP untuk terus
memburukkan Pas yang kini dianggap sebagai musuh nombor satu DAP.
“Mengikut sumber dalaman, kenyataan ini
sebenarnya tidak dipersetujui oleh sebahagian besar pimpinan utama PAN.
Dan Mat Sabu membuat kenyataan ini tanpa merujuk dan mendapat restu
mereka.
“Ketika ini, Mat Sabu dilihat lebih
mementingkan survival politiknya sendiri berbanding PAN yang dia sendiri
sudah sedar telah kehilangan ‘steam’ dan momentum setelah hanya
beberapa bulan ditubuhkan.
“Walaupun
majoriti pengundi Cina menyokong DAP tetapi masih terdapat sebahagian
mereka yang masih menyokong Pas,” katanya dalam satu kenyataan yang
dikeluarkan di sini, hari ini.
Mustafa mendakwa, DAP di bawah pimpinan
Lim Guan Eng mahukan dominasi total ke atas pengundi Cina apatah lagi
dalam suasana menghadapi pilihan raya negeri Sarawak.
Oleh itu, katanya, Mat Sabu cuba mengaitkan Pas dengan IS untuk menakutkan-nakutkan pengundi Cina.
“Khabarnya, Mat Sabu juga sudah mendapat
jaminan Lim Guan Eng untuk bertanding di satu kawasan selamat dalam PRU
(Pilihan Raya Umum) ke-14 akan datang sama ada di bawah simbol PAN atau
DAP.
“Ini kerana Mat Sabu sedar bahawa
kedudukannya sebagai Presiden PAN goyah kerana pengaruh kumpulan Islamis
Ikram, Alami dan lain-lain mula meresap dalam PAN dan golongan ini
tidak senang dengan Mat Sabu yang mempunyai latar belakang yang
diketahui umum,” katanya.
Oleh itu, katanya, walaupun tuduhan itu
berniat jahat tapi provokasi itu tidak akan memberi kesan kepada Pas
kerana rakyat dan masyarakat umum sudah memahami pendirian Pas.
Sebaliknya beliau berkata, ia akan
mengesahkan pandangan rakyat bahawa PAN dan Mat Sabu adalah proksi DAP
sebagai satu realiti bukan lagi sekadar satu persepsi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan