Jumaat, 18 Disember 2015

Gerakan Merah isytihar Kompleks Kota Raya ‘panas’ petang ini

MALAYSIAKINI


 


‘Gerakan Merah’ mengumumkan akan mengadakan satu perhimpunan di Kompleks Kota Raya di ibu negara petang ini.

Presiden Veteran Tentera Melayu, Mohd Ali Baharom berkata, perhimpunan yang dijangka "panas" seperti yang berlaku di Plaza Low Yat, Julai lalu berikutan tindakan seorang peniaga telefon bimbit berbangsa Cina yang mengurung pelanggannya.

"Perhimpunan ini pasal kedai jual telefon yang tipu dan mengunci pelanggannya. Kita nak pergi tengok apa sebenarnya yang terjadi. Perkara ini ibarat di Low Yat.

"Kita tak mahu peniaga ini sewenangnya menipu dan ambil tindakan undang-undang sendiri," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Ditanya apakah yang akan dilakukan oleh Gerakan Merah petang ini, beliau berkata:

"Saya yakin dan percaya, benda ini akan jadi macam Low Yat. Jadi dengan kebijaksanaan saya sebagai ketua Gerakan Merah, saya akan selesaikan dengan cara berhemah dan tak gunakan kekerasan," katanya.

Tiada ulasan: