NORAIZURA AHMAD
Demonstrasi membantah
TPPA dan G25 yang disertai kira-kira 200 perwakilan Wira Perkasa, di
luar Kelab Sultan Sulaiman, petang tadi. - Foto TRP/ Noraizura Ahmad
KUALA LUMPUR, Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa (Wira Perkasa) menyelar tindakan kumpulan pesara kerajaan Melayu berorientasi sederhana, G25 yang mahu undang-undang berkaitan khalwat dimansuhkan.
Ketuanya,
Irwan Fahmi Ideris turut menggesa kerajaan mengambil tindakan terhadap
G25, kerana tindakan kumpulan itu boleh menggangu gugat keamanan negara.
“Ahli
kumpulan ini perlulah bertaubat,” katanya selepas mengadakan
demonstrasi berhubung beberapa isu di hadapan Kelab Sultan Sulaiman yang
disertai kira-kira 200 perwakilan Wira Perkasa, petang tadi.
Pada 6 Disember lalu, jurucakap G25,
Datuk Noor Farida Arif berkata, Malaysia adalah satu-satunya negara yang
mengenakan hukuman terhadap kesalahan khalwat.
Menurut Noor Farida, khalwat merupakan ‘dosa peribadi’ yang tidak sepatutnya dihukum pihak berkuasa negeri.
Jelasnya, ada perkara yang disorokkan
dalam perjanjian itu dan beliau mencadangkan ianya dibentangkan di
Parlimen terlebih dahulu.
Menurutnya, kerajaan perlu
meneliti semula perjanjian tersebut, kerana ada beberapa persoalan yang
menjadi tanda tanya kepada rakyat.
“Ada perkara yang seperti
disorokkan dalam perjanjian TPPA ini dan kita mahukan ianya dibentangkan
dan dedahkan kepada awam, kandungan mengenai TPPA, sebelum
ditandatangani tahun depan.
“Rakyat kini sudah dibebani
peningkatan kos sara hidup dan banyak lagi,” katanya yang turut
mendakwa, kos perubatan mungkin meningkat selepas pemeteraian TPPA.
Menurutnya, rakyat masih
menuntut Barisan Nasional mengotakan janji yang dibuat pada Pilihan Raya
Umum lalu, iaitu pengurangan kadar tol.
“Kami menuntut aku janji itu dan rakyat mahukan penjelasan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan