Jumaat, 9 Oktober 2015

Harga baru tambang LRT, monorail sebelum 31 Oktober

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Kajian semula tambang LRT dan Monorel dijangka akan diumumkan sebelum 31 Oktober ini, demikian menurut Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
 
"Kami sudah mendapat kelulusan Kabinet dan SPAD telah menulis kepada Perdana Menteri untuk memastikan ia benar-benar telah diluluskan," kata Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar kepada pemberita di stesen LRT Awan Besar pada Khamis.
 
Syed Hamid berkata, Prasarana akan mengumumkan tambang baru sebelum 31 Oktober di mana fasa pertama projek sambungan LRT Ampang dijangka dibuka kepada orang ramai.
 
Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke tapak projek sambungan LRT Ampang fasa pertama.
 
Syed Hamid bagaimanapun tidak menyatakan jumlah kenaikan tambang berkenaan.
 
 

Tiada ulasan: