shahbudindotcom
Tanpa
menunggu tempoh tujuh hari sebagaimana yang diberikan oleh peguam Najib
Razak, bekas Presiden MCA, Dr Ling Liong Sik sebaliknya hanya
memerlukan kurang daripada tiga hari saja untuk menjawab gertakan mahu
mengheretnya ke mahkamah.
Dr
Ling memutuskan tidak akan meminta maaf kepada Najib berhubung
kenyataannya yang bersetuju dengan Tun Mahathir agar Perdana Menteri
meletakkan jawatannya dengan alasan "telah mengambil wang orang lain
untuk dimasukkan ke akaun peribadinya."
Berikutan
kenyataan Dr Ling itu, Najib telah menghantar surat tuntutan peguam
yang mahukannya meminta maaf, menarik balik dan membayar sejumlah ganti
rugi dalam tempoh tujuh hari atau jika tidak, proses tindakan
undang-undang akan dimulakan kerana menganggap dakwaan bekas Menteri
Pengangkutan itu sesuatu yang berunsur fitnah.
"Saya
kata kepada Perdana Menteri, jika anda memilih untuk menyaman saya,
saya akan pertahankan diri saya. Dengan penuh rendah diri, saya terima
cabaran anda.
"Saya
ingin menyaksikan Perdana Menteri berdiri di kandang saksi kerana tidak
syak lagi beliau akan melakukannya bagi membuktikan reputasinya telah
tercalar.
"Saya
mahu mengulangi sekali lagi bahawa saya mempertahankan apa yang saya
katakan. Saya tidak akan memohon maaf," tegas Dr Ling dalam
kenyataannya.
Dengan
jawapan Dr. Ling itu, beliau seperti menuruti jejak langkah The Wall
Street Journal (WSJ) yang tetap mempertahankan laporannya mengenai wang
RM2,600 juta meskipun telah diminta oleh peguam Najib untuk menjelaskan
sama ada laporannya itu bermaksud Perdana Menteri telah menyalahgunakan
wang 1MDB.
Bagaimanapun,
atas ketegasan WSJ mempertahankan laporannya dan sedia ke mahkamah
beserta sekali lagi pada minggu lalu memberi jawapan kepada surat kedua
sama ada akan menggunakan Akta Speech atau sebaliknya, sehingga sekarang
belum juga Najib mengambil tindakan undang-undang sebagaimana yang
dijanjikannya.
Secara
jantannya, jawapan Dr Ling yang bertegas tidak mahu memohon maaf dan
sedia berdepan di mahkamah adalah cabaran terbuka kepada Najib agar
segera mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.
Najib
pula, sebagai pahlawan Bugis yang kononnya gagah berani serta sanggup
mengharungi cabaran sehingga bumi berkeping dua, tentulah tidak ada
pilihan lain selain bertindak jantan juga dengan terus saja menyaman Dr
Ling tanpa berlengah-lengah lagi.
Selepas
ini, kita hanya perlu menunggu apakah Najib sebenarnya berani menyaman
Dr Ling dan berdiri di kandang saksi bagi mempertahankan reputasinya
yang didakwa sudah tercalar itu?
Atau
mungkinkah Najib akan melengah-lengahkan lagi masa seperti dalam kes
WSJ dengan menghantar satu lagi surat tuntutan kepada Dr Ling bagi
memohon penjelasan lanjut pula tentang maksud sebenar kenyataan yang
dikeluarkannya itu?
Harapnya,
biarlah hanya WSJ saja yang digertak tapi belum juga disaman dan
gertakan saman kepada Dr Ling ini biarlah menjadi kenyataan akhirnya.
Yang
nyata, dengan tindakan Dr Ling enggan memohon maaf dan sedia berdepan
di mahkamah, gertakan saman Najib tidak lagi ditakuti oleh sesiapa juga
pun.
Ia
juga secara halusnya bermakna Najib semakin tidak dihormati lagi atas
kedudukannya dan kian ramai yang tidak segan-segan membuat pelbagai
dakwaan serta mahukannya meletakkan jawatan dengan segera.
Dengan
itu, seharusnya lebih ramai yang berani ke depan meminta Najib berundur
sambil membuat dakwaan tertentu sepertimana dilakukan oleh Dr Ling ini
agar mereka juga kena saman akhirnya.
Lihat
apa dakwaan Mahfuz Omar terhadap Najib semalam. Dengan berani beliau
mendakwa negara sedang ditadbir pemimpin korup dan menjalankan cara
pentadbiran seperti kumpulan mafia.
Pujian sebenarnya harus diberikan dan harapnya Najib akan turut memulakan tindakan mahkamah terhadap Mahfuz juga.
Maka,
selepas itu biarlah Najib hanya sibuk turun naik mahkamah saja dan
mencatat satu lagi rekod sebagai Perdana Menteri paling banyak berdiri
di kandang saksi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan