Situasi itu berlaku apabila Ahli Parlimen Seremban, Loke Siew Fook (DAP) tidak berpuas hati kerana soalannya mengenai kutipan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak dijawab sendiri oleh Perdana Menteri yang juga menteri kewangan.
“Saya tak faham. Soalan saya ditujukan kepada menteri kewangan dan beliau ada di sini.
“Mengapa timbalannya pula yang menjawab. Menterinya ada di sini,” katanya.
Katanya, perkara ini sepatutnya perlu difahami oleh Siew Fook dan beliau tidak sepatutnya bangun dan mempertikaikannya.
“Jangan perkara yang sudah difahami dilencongkan lagi. Menteri yang berkenaan tak semestinya menjawab, ini difahami sejak dulu lagi.
“Kenapa tanya isu yang sepatutnya sudah selesai. Siapa pun yang menjawabnya, jelas ia jawapan daripada kerajaan,” katanya.
Seterusnya, Pandikar Amin berkata, perkara ini tidak harus dipolitikkan dan menganggap tindakan Siew Fook itu lebih kepada agenda peribadi.
“Bukan setiap perbahasan kita boleh politikkan, jangan bersikap begitu. Bagi saya itu adalah satu agenda peribadi dan politik.
“Yang lain tolong senyap, Seremban sila duduk,” katanya apabila keadaan Dewan Rakyat tegang berikutan keengganan Siew Fook untuk mematuhi arahan supaya duduk.
Pada sesi pertanyaan bagi jawapan lisan, Siew Fook bertanya jumlah kutipan GST yang diterima kerajaan mengikut sektor dari 1 April 2015 sehingga 30 September 2015 dan bagaimana cukai itu dimanfaatkan.
Soalan itu dijawab Datuk Chua Tee Yong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan