Rabu, 15 April 2015

'Tuntut siasat Jho Low petanda ada tak kena'

MALAYSIAKINI


 


Tuntutan Pemuda Umno supaya Putrajaya menyiasat ahli perniagaan Jho Low, telah mengundang persoalan sama ada beliau mempunyai peranan dalam 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kata PKR.

Ini kerana Putrajaya sentiasa bertegas bahawa tidak berlaku salah laku dalam 1MDB dan Low tiada apa kaitan dengan syarikat itu atau perjalanan kerajaan.

Oleh itu, ia dilihat sebagai aneh apabila Pemuda Umno sekarang menuntut Putrajaya meneliti 1MDB dan Low, terutamanya selepas taklimat tertutup Perdana Menteri Datuk Najib Abdul Razak kepada pergerakan itu pada hari Isnin, kata Naib Presiden PKR, Tian Chua dalam satu sidang akhbar hari ini.

"Saya tidak tahu apa yang Najib beritahu Pemuda Umno. Mungkin, beliau beritahu mereka sesuatu yang berbeza daripada apa yang diberitahu kepada orang ramai," kata Tian Chua.

Tuduhan berkaitan pengaruh Low terhadap Putrajaya telah dicetuskan semula oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menulis mengenai perkara itu dalam blog beliau pada 2 April.

Edisi April Euromoney menyiarkan temu bual dengan Low, di mana beliau mendakwa beliau kini menjadi kambing hitam di atas kegagalan 1MDB dan menjadi mangsa "pakar putarbelit" Umno.


Tiada ulasan: