Sehari selepas beliau dicalonkan sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh, Suhaimi Sabudin kini mengakui berasa lebih yakin berbanding sebelum itu.
Perasaan itu timbul selepas beliau bertemu dengan pengundi termasuk golongan muda dan tua di kawasan yang ditandinginya itu.
"Saya minta mereka beri satu peluang kepada saya untuk berkhidmat dalam tempoh tiga tahun ini," kata Suhaimi dalam sidang media harian BN di Permatang Pauh hari ini.
Ditanya mengenai kekuatan beliau, Suhaimi berkata beliau terlatih sebagai juruukur bahan dan pengurus projek.
"Dengan kemahiran saya dalam kejuruteraan dan jika terdapat peruntukan diberikan kepada kerajaan pusat, saya boleh merancang projek pembangunan di Permatang Pauh," katanya.
Juruukur bahan berusia 44 tahun itu adalah pengarah urusan bagi sebuah syarikat pembinaan. Beliau juga setiusaha Umno Permatang Pauh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan