Khamis, 23 April 2015

Artikel kemewahan Najib: Zahrain jumpa Tempo

 
Fakta mengenai kekayaan dan kemewahan hidup Najib dan Rosmah seperti yang disiarkan Tempo adalah tidak benar kerana ia mengambil fakta daripada media luar negara.


zahrain-tempo



PETALING JAYA: Duta Besar Malaysia di Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim akan mengadakan pertemuan dengan sidang pengarang majalah Tempo susulan laporan negatif terhadap Perdana Menteri dan isteri.

Zahrain berkata, pertemuan itu akan diadakan secepat mungkin bagi memberi penjelasan dan fakta sebenar termasuk latar belakang Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau berkata, fakta mengenai kekayaan dan kemewahan hidup Najib dan Rosmah seperti yang disiarkan majalah itu adalah tidak benar kerana ia mengambil fakta daripada media luar negara.

“Saya melihat Tempo menulis berita itu dengan mengambil fakta daripada sumber lain termasuk media luar negara.

“Fakta itu tidak benar. Jadi saya mahu maklumkan fakta sebenar mengenai Perdana Menteri kita termasuk latar belakangnya,” katanya kepada media di Bandung pada Rabu, lapor Harian Metro.

Tempo menyiarkan artikel berkaitan gaya hidup mewah Najib dan Rosmah dalam edisi khas sempena Ulangtahun ke-60 Persidangan Asia-Afrika yang akan diadakan di Bandung minggu ini.

Rencana bertajuk “Hidup Mewah Sang Perdana Menteri’ turut mendakwa gaya hidup yang dipaparkan tidak setanding dengan gaji yang diterima Najib sejak menjadi Perdana Menteri pada 2009.
Artikel itu turut mengaitkan kekayaan luar biasa anak tiri Najib, Riza Aziz.

Dia dikatakan membeli dua unit kondominum di tengah-tengah kota New York berharga ratusan juta ringgit.

Tiada ulasan: