PERMATANG PAUH: PKR mahu menyempitkan kempen Permatang Pauh kepada
isu-isu nasional seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sahaja
walaupun akur wujud masalah tempatan di kawasan Parlimen itu membabitkan
kebajikan dan keselamatan penduduk.
Pengarah Pilihan Raya Pusat PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail
mendakwa kemarahan pengundi lebih kepada GST berbanding isu tempatan.
“Betul dalam turutan masalah yang disuarakan oleh rakyat, memang ada
beberapa isu lokal, namun isu itu tidak mengatasi kemarahan dan
ketidakpuasan hati rakyat terhadap isu GST. Misalnya lampu jalan yang
aduan sudah dibuat tetapi belum mendapat tindakan, memang isu ada di
sini.
“Tetapi isu itu dari segi turutan rasa tidak puas hati rakyat, dia ada
di turutan belakang sekali. Pada kita, isu GST ini melampaui semua
peringkat umur, semua status ekonomi dan semua lapisan masyarakat,” kata
beliau kepada Antarapos.
Bagaimanapun strategi PKR itu dilihat lebih kepada menutup kelemahan
rekod lampau Datuk Wan Azizah Wan Ismail sepanjang beliau dan suaminya
menjadi wakil rakyat di situ selepas menyertai pembangkang pada tahun
2008.
Segala pembangunan utama di Permatang Pauh adalah ketika Anwar masih dalam kerajaan.
Sungguhpun Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan negeri sejak tahun 2008, kawasan itu terus ketandusan pembangunan infrastruktur.
Selain itu penduduk dihimpit dengan kenaikan lesen perniagaan oleh
pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kekurangan peluang pekerjaan.
Wan Azizah sebelum ini dibidas kerana gagal menunaikan janji untuk
menyelesaikan masalah-masalah kesesakan lalu lintas dan banjir di Kajang
setelah dilantik menjadi ADUN di situ tahun lalu.
Saifuddin yakin strategi membelakangkan isu tempatan dan memberi
tumpuan kepada GST akan membawa kemenangan besar untuk Wan Azizah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan