Jumaat, 24 April 2015

P'raya awal selamatkan PM dari serangan Dr M?

MALAYSIAKINI


 


Sejak Tun Dr Mahathir Mohamad lebih keras mengasak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, ramai pemimpin Umno tampil menyatakan sokongan kepada presiden mereka.

Justeru sudah tentu cadangan wakil rakyatnya Nur Jazlan Mohamed supaya Najib mendapatkan mandat baru melalui pilihan raya mengejutkan banyak pihak.

Anggota Parlimen Pulai itu berpendapat Najib mempunyai peluang membersihkan diri, keluarga dan pentadbiran daripada tanggapan negatif yang dilontarkan.

Bagaimanapun pemimpin Umno seperti ketua bahagian Cheras Syed Ali Alhabshee pantas menolaknya dengan berkata ia hanya penyelesaian sementara.

Syed Ali sebaliknya menggesa pemimpin Umno untuk tampil mempertahankan pemimpin mereka daripada menyeru diadakan pilihan raya awal.

Penganalisis politik Wong Chin Huat berpandangan pilihan raya mengejut akan membolehkan Najib membersihkan musuh dalam selimut, terutamanya yang rapat dengan Mahathir (atas), daripada tampuk kuasa.

Penganalisis: Kalau sabotaj?

Pemimpin itu, kata Wong, termasuklah anak anak Mahathir, Mukhriz, yang kini menteri besar Kedah.

Jika berjaya, tambahnya lagi, akan mengukuhkan cengkaman Najib menuju pemilihan Umno tahun depan, dengan anggapan ia tidak ditunda bagi memberi tumpuan kepada pilihan raya umum ke-14.

“Umno sebenarnya parti dengan amalan naungan.

“Jika semua orang Najib berkuasa, mereka mempunyai segala sumber dan tidak mungkin Mahathir dapat memenanginya,” katanya kepada Malaysiakini.

Wong (atas) bagaimanapun memberi amaran terhadap kemungkinan sabotaj yang mewujudkan keadaan tidak menentu kepada Najib.


Tiada ulasan: