MALAYSIAKINI
Bersediakah Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa tentang cara
perbelanjaan kerajaan berdasarkan kepada Laporan Audit Negara sejak 10
tahun lalu?
Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman
Razali berkata jika negara berdepan masalah kewangan, apa yang mesti
dikaji ialah bagaimana negara berbelanja.
“Selagi kerajaan tidak berbelanja secara berhemah, sampai bila pun
negara tidak akan memiliki hasil dan pendapatan mencukupi walaupun cukai
dikutip bernilai berbilion ringgit," katanya dalam satu kenyataan.
Mohd Khairuddin mengulas kenyataan majlis fatwa mengenai hukum harus
untuk kerajaan mengutip cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sejak awal
April lalu.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata, GST sebenarnya
bertentangan dengan Islam kerana cukai tidak dikenakan kepada orang
miskin atau tidak berkemampuan.
“Sekali lagi saya memohon untuk fatwa tersebut (berkenaan GST) kembali disemak dengan lebih cermat,” katanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan