MALAYSIAKINI
Ketua Pemuda MIC, C Sivarraajh menggesa gereja di Taman Medan menaikkan semula lambang salib yang diturunkan semalam berikutan protes sekumpulan orang Melayu pada Ahad lalu.
“Gereja ini tidak harus tunduk kepada tekanan daripada 50 orang atau
lebih penunjuk perasaan dan menurunkan salib untuk memuaskan hati
mereka.
“Itulah kesilapan pertama yang mereka lakukan. KIni mengembalikan semula
salib pada tempat asal akan menjadi punca perbalahan antara penganut
Kristian dan Islam.
“Mereka perlu meletakkan salib ini semula kerana ia sebagai adalah simbol kepercayaan yang dijamin perlembagaan,” katanya.
Sivarraajh (kiri) berkata gereja boleh meminta pihak berkuasa tempatan dan polis untuk membantu mereka melakukan perkara itu.
Katanya lagi, perlembagaan menjamin kebebasan beragama setiap rakyat dan ia tidak boleh dikompromi.
“Kami mengutuk penunjuk perasaan yang ingin memberi tekanan yang tidak wajar pada paderi gereja untuk menurunkan salib.
“Kami boleh memahami tekanan yang sangat besar (dihadapi) paderi
sememangnya wujud (ketika) menurunkan simbol suci mereka,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan