JERANTUT - Kerajaan menjangka dapat memulakan kerja-kerja
pembinaan kediaman mangsa banjir mulai minggu depan setelah menerima
cadangan model dan bentuk rumah kekal daripada Jabatan Kerja Raya (JKR).
KSNRumah baharu itu dijangka dapat disiapkan dalam tempoh tiga bulan bertujuan menggantikan rumah mangsa banjir yang hanyut atau musnah sama sekali.
“InsyaAllah pada minggu depan semua senarai pemilik rumah akan dimuktamadkan. JKR kata dalam masa tiga bulan boleh disiapkan,” kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa selepas menyampaikan misi bantuan pasca banjir Kementerian Wilayah Persekutuan di Pusat Komuniti Perumahan Bersepadu Bukit Kenau, Pahang, Jumaat.
Menurutnya, kerja-kerja membaiki rumah yang mengalami kerosakan ketika banjir juga akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.
JKR katanya, akan meneliti kapasiti mereka dan mungkin mendapatkan bantuan daripada agensi lain atau kerajaan negeri jika keadaan memerlukan.
Kabinet sebelum ini, bersetuju membina rumah kekal berharga RM48,000 setiap unit khusus untuk mangsa terjejas banjir yang rumah mereka musnah sama sekali.
Kerajaan juga bersetuju memperuntukan antara RM5,000 dan RM10,000 bagi membantu kerja-kerja pembaikan rumah-rumah mangsa banjir yang mengalami kerosakan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan