MALAYSIAKINI
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diingatkan supaya tidak
terus meminjam untuk menangani kurangan besar dalam Belanjawan 2015
kerana ia akan membebankan negara.
Anggota parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin berkata kurangan yang
dicetuskan oleh kejatuhan harga minyak dunia, masalah ringgit melemah
dan perbelanjaan menangani banjir, boleh mencecah sehingga RM25 bilion
(9.2 peratus) daripada keseluruhan belanjawan.
“Kami gesa perdana menteri untuk berterus terang berhubung jumlah kurangan belanjawan dalam taklimat khas esok.
“Bawah keadaan ekonomi menekan, kerajaan mempunyai dua kaedah untuk
menyelesaikan masalah belanjawan: potong perbelanjaan atau mengambil
pinjaman tambahan.
“PKR ingin memberi amaran kepada kerajaan untuk tidak mengambil pinjaman tambahan,” kata Sim yang juga pengarah strategi PKR.
Sim mengingatkan bahawa pentadbiran Najib sudah menyaksikan hutang
tertinggi sebanyak RM568.9 bilion atau 52.8 peratus daripada Keluaran
Dalam Negara Kasar (KDNK).
“Jika mengambil kira liabiliti luar jangka, ia sudah mencecah 70 peratus daripada KDNK,” kata Sim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan