MALAYSIAKINI
Penasihat DAP Lim Kit Siang menggesa Timbalan Menteri Kewangan,
Datuk Ahmad Maslan digesa menjelaskan mengenai penyaluran wang didakwa
sebanyak RM800 juta yang didakwa diagihkan untuk mangsa banjir.
MP Gelang Patah, Lim Kit Siang berkata ini kerana Majlis Keselamatan
Negara (MKN) sendiri hanya mengakui sebanyak RM41 juta sahaja telah
diagihkan setakat ini.
Pada masa sama, MKN memberitahu yang setakat ini juga bantuan yang sepatutnya diperuntukkan adalah sebanyak RM500 juta sahaja.
Lim memetik angka-angka tersebut daripada wawancara The Malay Mail
Online (MMO) dengan Setiausaha MKN, Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab.
"Semalam, 16 Januari rahsia akhirnya terbongkar. Ahmad Maslan tidak
bercakap benar kerana kerajaan Persekutuan tidak pernah berbelanja
sebanyak RM800 juta ke atas mangsa banjir pada 5 Januari," kata Lim.
"Dari mana datangnya angka RM800 juta yang disebutkan Ahmad Maslan?," tanya Lim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan