Ahad, 18 Januari 2015

Ahmad Maslan tipu rakyat, peruntukan bencana banjir bukan RM800 juta

LKS_banjir

Roketkini.com

 
KUALA LUMPUR: Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menuntut Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana menipu mengenai jumlah peruntukan bantuan banjir yang kononnya berjumlah RM800 juta.

Kata Kit Siang, Ahmad berbohong apabila Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab dalam wawancaranya bersama The Malay Mail Online semalam mendedahkan bahawa hanya RM41 juta diluluskan.

“Dari mana datangnya angka RM800 juta ini? Bagaimana baki selebihnya RM459 juta akan dibelanjakan? Berapa banyak daripada RM500 juta dibelanjakan untuk setiap negeri yang dilanda banjir?

“Setakat ini, Thajudeen hanya menyebut RM41 juta bagi 82,000 keluarga mangsa banjir yang tinggal di pusat pemindahan dengan setiap keluarga menerima RM500. Bagaimana pula dengan keluarga mangsa banjir yang tidak tinggal di pusat pemindahan?

“Ahmad Maslan perlu memohon maaf kerana membuat kenyataan palsu kononnya kerajaan membelanjakan RM800 juta, sedangkan hanya RM41 juta dibelanjakan sehingga sekarang,” tegas Kit Siang dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada 5 Januari lalu, selain perbelanjaan RM800 juta, Ahmad dilaporkan menyebut kerajaan melalui MKN membelanjakan jumlah lebih tinggi ke atas makanan, logistik dan pembersihan rumah untuk mangsa banjir di Pantai Timur.

Kit Siang sebelum ini di Kota Bharu mempersoalkan wang peruntukan terbabit yang dilihat bukan saja tidak sampai kepada mangsa banjir, malah dilihat tidak dibelanjakan dengan betul.

“Audit yang ketat harus dilakukan terhadap peruntukan kononnya sebanyak RM800 juta itu, sama ada yang telah dan belum dibelanjakan untuk memastikan tidak ada tipu muslihat.

“Semua peruntukan yang dibelanjakan kerajaan dalam bencana banjir harus memberi manfaat kepada mangsa-mangsa, dan bukan untuk usahawan, tauke-tauke ‘banjir; atau kroni,” kata Ahli Parlimen Gelang Patah itu. – Roketkini.com

Tiada ulasan: