MALAYSIAKINI
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Ketua
Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sudah bersetuju untuk menggantikan
unit Pasukan Peronda Sukarela (PPS) dengan unit kepolisan komuniti.
"PPS akan digantikan dengan (unit) kepolisan komuniti sama seperti di negeri lain,” katanya kepada pemberita.
Katanya, Lim bersetuju dengan langkah itu selepas satu pertemuan di bangunan Parlimen semalam.
Operasi PPS dihentikan selepas anggotanya ditahan pada Ogoso lalu dan
pasukan tersebut diisytiharkan sebagai haram oleh Kementerian Dalam
Negeri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan