KELAB GREENBOC
Balu Ahmad Sarbaini fail saman RM8 juta terhadap SPRM
KUALA LUMPUR: Keluarga Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbaini Mohamed, yang ditemui mati di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini, tiga tahun lepas, hari ini memfailkan tuntutan saman RM8 juta terhadap SPRM, kerajaan dan tujuh defendan lain.
Isterinya Masiah@Maziah Manap (gambar), 53, dan anaknya Shahril Ahmad Sarbani, 30, sebagai plaintif pertama dan kedua, memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini melalui Tetuan Shasha Lyna.
Selain SPRM dan kerajaan, beliau turut menamakan Ketua Pesuruhjaya, Pengarah SPRM Mohamed Yussuf Akope dan lima pegawai lain iaitu Mohamad Fauzi Hussin, Sheikh Niza Khairy Sheikh Mohamed, L. Baskar, Mohd Rosly Mohd Saupi dan Kamal Awang Besar sebagai defendan.
Dalam pernyataan tuntutannya, Masiah mendakwa kematian suaminya disebabkan dibunuh secara tidak sah oleh defendan-defendan sehingga menyebabkan simati mengalami kecederaan diri yang serius, seterusnya mengakibatkan kematiannya.
Beliau juga mendakwa defendan melakukan serangan mental dan serangan sentuh terhadap simati yang menyebabkan kematiannya.
Sehubungan itu, plaintif antaranya menuntut ganti rugi untuk 'misfeasance of public office', ganti rugi keterlaluan, ganti rugi teladan dan ganti rugi 'vindicatory' yang kesemuanya berjumlah RM8 juta.
Plaintif juga menuntut ganti rugi khas serta faedah, kos dan lain-lain relif yang difikirkan adil dan wajar oleh mahkamah.
Pada 26 Sept 2011, Mahkamah Koroner memutuskan bahawa tiada unsur jenayah atau penglibatan pihak ketiga dalam kematian Ahmad Sarbaini.
Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang, ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu pejabat SPRM di Jalan Cochrane di sini, 6 April 2011.
Beliau dilaporkan ke pejabat itu secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah membabitkan 62 pegawai Kastam. -BERNAMA/astroawani
Balu Sarbaini: Sampai hari ini SPRM tak minta maaf
Masiah @ Maziah Manap, balu kepada penolong pengarah kastam Sarbaini Mohamed, berkata sejak April 2011, tiada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tampil memohon maaf ekoran kematian suaminya di pejabat suruhanjaya itu.
Memberikan testimoni di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, Maziah berkata, beliau memfailkan tindakan undang-undang bagi menuntut keadilan untuk suami, diri sendiri dan keluarganya.
Katanya, beliau ingin tahu bagaimana suaminya, yang sihat ketika keluar rumah pada 6 April 2011, pulang ke pangkuan mereka dengan tidak bernyawa.
Justeru, kata Masiah, SPRM harus bertanggungjawab terhadap kematian allahyarham di bangunan mereka.
Dalam tangisan di kandang saksi, beliau menyatakan rasa kecewanya kerana sejak insiden itu berlaku, tiada pegawai SPRM yang datang kepada mereka untuk meminta maaf.
Beliau berkata, suaminya seorang yang takutkan tuhan dan sering ke masjid untuk menunaikan solat secara berjemaah.
Allahyarham juga sepatutnya mengerjakan haji pada tahun itu.
Justeru, kata Masiah, suaminya tidak akan menerima sebarang pemberian atau terlibat dalam kegiatan rasuah.
Sarbaini ditemui mati selepas pergi ke SPRM Kuala Lumpur untuk membantu siasatan yang dibuat terhadap Jabatan Kastam. -mk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan