Ahmad
Zahid (dua kanan) pada sidang media selepas merasmikan Seminar Jihad vs
Militan di Dewan Utama, Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur,
hari ini. - Foto Sinar Harian Online oleh NIZAM ZAIN.
KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa masih menyiasat identiti sebenar dua
lelaki yang ditembak mati polis yang dipercayai anggota pemberontak
tentera Sulu di Penampang Baru, Sabah, Khamis lalu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan sehingga kini pihaknya sedang menyiasat dalang di sebalik insiden itu dan dipercayai hasil rompakan itu untuk membiayai aktiviti keganasan termasuk merekrut anggota baharu.
"(Sama ada tentera sulu atau tidak) kita sedang melakukan siasatan.
"Tembakan (polis) itu bukan terhadap tentera Sulu tetapi perompak dan hasil rompakan itu untuk tujuan pembiayaan aktiviti keganasan.
"Kita sedang bekerjasama dengan Esscom (Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah) untuk menyiasat siapa penjenayah yang terlibat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Jihad vs Militan di Universiti Teknologi Malaysia, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan polis yang menembak mati dua lelaki yang dipercayai anggota pemberontak tentera Sulu di kawasan rumah kedai, Penampang Baru, Sabah, Khamis lalu.
Menurut sumber polis, pihaknya telah membuat intipan beberapa minggu lalu mengenai aktiviti kedua-dua pemberontak terbabit dan mendapati mereka cuba merekrut anggota baharu dan menyebarkan ideologi kesultanan Sulu di seluruh Sabah serta mengajar elemen keganasan.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid menambah, pihaknya melakukan siasatan dan tindakan dengan dua kaedah iaitu pembanterasan dan pencegahan bagi memastikan insiden itu tidak berulang lagi.
"Kita minta orang ramai mengetahui kerja polis dan kerjasama semua pihak boleh menyalurkan maklumat supaya dapat melancarkan tugas pihak berkuasa nanti.
Pada Februari 2013, negara dikejutkan dengan pencerobohan pemberontak bersenjata tentera Sulu dari Selatan Filipina di Lahad Datu dan Semporna di perairan Pantai Timur Sabah yang menyaksikan 10 anggota pasukan keselamatan negara terkorban.
Bagaimanapun pasukan keselamatan negara berjaya mematahkan tindakan pemberontak itu melalui operasi bersama pasukan tentera dan polis yang dinamakan Ops Daulat dengan membunuh lebih 100 pemberontak itu dan menangkap ratusan lagi pengikutnya di negeri itu.
Susulan insiden itu, kerajaan telah menubuhkan perisai keselamatan bagi mengawal insiden pencerobohan, penculikan dan penyeludupan di Sabah yang dinamakan Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah(Esszone) dan Esscom.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan