Rafizi
PENGUMUMAN harga RON97 turun sebanyak 20 sen semalam
membayangkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan pentadbirannya tahu
kemarahan rakyat yang semakin memuncak apabila harga petrol dan diesel
tetap tidak turun sedangkan harga minyak mentah di pasaran dunia telah
jatuh sebanyak 20 peratus sejak dua bulan lalu.
Pada harga minyak mentah di pasaran dunia yang berlegar sekitar AS$80 setong, harga pasaran (tanpa subsidi) bagi RON95 ialah RM2.43 seliter sementara harga pasaran (tanpa subsidi) bagi diesel ialah RM2.32 seliter.
Dengan harga RON95 dan diesel yang ditetapkan oleh BN pada harga RM2.30 seliter (RON95) dan RM2.20 seliter (diesel), subsidi bagi setiap liter petrol RON95 adalah 13 sen dan diesel adalah 12 sen.
Dengan unjuran harga minyak mentah dunia kekal sekitar AS$70 hingga AS$80 setong bagi tahun 2015, sebenarnya tanggungan subsidi petrol dan diesel oleh Kerajaan Persekutuan hanyalah RM2 bilion bagi tahun 2015.
Jumlah subsidi ini adalah penjimatan sebanyak RM11 bilion bagi tahun 2015 dan penjimatan RM2 bilion bagi suku terakhir 2014.
Penjimatan ini wajar dipulangkan kepada rakyat dan bukannya disalurkan kepada projek-projek BN yang tidak memanfaatkan rakyat biasa.
Oleh yang demikian, saya tetap dengan pengumuman semalam bahawa sekiranya harga RON95 dan diesel tidak turun menjelang 1 Disember 2014, PKR akan menggerakkan kempen menuntut #turunhargaminyak yang akan memuncak dengan satu demonstrasi pada 31 Disember 2014.
Jalan keluar yang menang-menang (win-win) bagi Datuk Seri Najib Tun Razak adalah dengan mengumumkan penurunan harga petrol RON95 dan diesel semasa Perhimpunan Agung Umno minggu depan.
Saya pasti pengumuman itu akan mengurangkan juga kritikan dalaman terhadap beliau dan membantu populariti beliau di kalangan rakyat yang semakin merudum.
Sementara itu, saya akan mula menyusun kempen untuk memastikan demonstrasi pada 31 Disember 2014 nanti akan mendapat kehadiran besar dengan memulakan kempen di media sosial sebelum menjelajah negara bermula 1 Disember 2014 sekiranya harga petrol RON95 dan diesel belum turun.
RAFIZI RAMLI
Naib Presiden/Setiausaha Agong PKR
Ahli Parlimen Pandan
19 November 2014

Tiada ulasan:
Catat Ulasan