Apakah para perwakilan UMNO yang akan bersidang tidak berapa lama lagi faham dan mengerti
bahawa telah terdapat kecacatan yang ketara dalam sistem pendidikan di
Negara kita kini sebagai mana yang disuarakan oleh Tun Mahathir dalam
blognya yang berjodol,’Malaysian Education” bertarikh 17 November 2014.
Kita tidak menafikan tentang beberapa kemajuan yang telah dicapai oleh kita, namun jika dibandingkan dengan pencapaian di Negara-negara lain di Asia, perkembangan pendidikan Negara kita agak terkebelakang.
Telah banyak kali disuarakan oleh beberapa golongan yang tahu menahu
mengenai pendidikan di Negara kita bahawa sistem pendidikan di Negara
kita amat memerlukan pemerhatian yang serious memandangkan terlalu kerap
kita mendengar kritikan-kritikan di luar yang mempersoalkan tentang
sistem pendidikan kita dari sudut yang negatif. Kebocoran kertas soalan
UPSR dan pengenalan peperiksaan PT3 menggantikan Peperiksaan Menengah
Rendah telah menimbulkan keriuhan yang bukan kepalang dari kalangan
masyarakat. Namun pihak berwajib terus melaksanakan apa yang ingin
dilakukan. Seolah-olah mereka tidak peduli tentang sungutan yang
disuarakan oleh masyarakat. Seolah-olah mereka berkata,’ awak apa
tahu……”
Golongan yang berada di kota-kota mula mengorak langkah ‘menyelamatkan’
pendidikan anak-anak mereka. Ini termasuklah para menteri dan timbalan
menteri yang sedar bahawa anak-anak mereka perlu diselamatkan dari
‘malapetaka’ yang akan menimpa. Hakikat ini telah diakui sendiri oleh
Tun Mahathir yang mengatakan, ‘Then the ministers’ children, against
national policy started going to private schools and international
schools which use largely English as the teaching medium. The ministers
also send their children to public (actually private) school in the UK.
So followed the children of the rich.The result is that the rich go to
private schools in Malaysia and U.K while the poor go to national
schools at home”
Berdasarkan kepada kenyataan Tun Mahathir yang mengatakan bahawa para
menteri juga menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah persendirian
yang berbayar dan ‘meninggalkan’ sekolah-sekolah kebangsaan menampakkan
seolah-olah bahwa para meneri juga tidak berkeyakinan kepada sekolah
kebangsaan.Sekiranya mereka betul-betul yakin kepada apa yang mereka
rangka (melalui perbincangan dalam mesyuarat kabinet mereka) pastinya
mereka tidak meninggalkan sekolah kebangsaan untuk ‘berhijrah’ ke
sekolah-sekolah persendirian.
Sekolah-sekolah persendirian dan sekolah antarabangsa sedang tumbuh
seperti cendawan selepas hujan di kawasan-kawasan elit samada di Kuala
Lumpur, Petaling Jaya, Pulau Pinang, Johor Bharu dan tempat-tempat lain
dimana ‘berkumpul’nya golongan berada. Golongan yang berada kini, tidak
kira Melayu, Cina atau India pasti akan menghantar anak-anak mereka ke
sekolah-sekolah berkenaan walaupun yuranya yang begitu tinggi. Demi
untuk masa hadapan anak-anak, mereka sanggup membelanjakan wang yang
begitu banyak. Jelas menampakkan yang kebanyakan mereka sudah tidak
berkeyakinan lagi kepada sekolah aliran kebangsaan. Mungkin…..
Dan apabila Tun Dr. Mahathir sendiri ( Mantan Perdana menteri dan
pernah juga menjadi Menteri Pendidikan pada suatu ketika dahulu)
mengakui yang cucu-cucunya belajar di sekolah persendirian dengan jelas
menunjukkan kurang yakinnya (anak beliau) terhadap sistem pendidikan
Negara. Kenyataannya,’ I must confess that although my children all went
to national schools, my grandchildren all go to private schools in the
country and abroad’
Dan yang menyedihkan ialah golongan yang berpendapatan rendah samada di
bandar-bandar ataupun di kampung-kampung yang terpaksa berpuas hati
dengan keadaan pendidikan yang disediakan oleh kerajaan. Dan yang
menyebabkan kita merasa ‘sebak di dada’ ialah yang golongan berpedapatan
tinggi dapat menikmati pendidikan bertaraf ‘global’ sedangkan golongan
yang ‘kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang’ itu terpaksa
berpuas hati dengan ‘pemberian’ oleh kerajaan. Kesannya sebagaimana yang
dikatakan oleh Tun Mahathir ialah, ‘…the rich now speak in English and
the poor in Malay, Chinese or Tamil. Jobs favour the English Speakers.’
Dan tidak hairanlah sekiranya kita kerapkali mendengar tentang peratus
pengangguran dari kalangan pemuda Melayu amat tinggi berbanding dengan
kaum lain di Negara ini. Anak Melayu dari kampung hanya menerima
pendidikan dari aliran kebangsaan yang tidak begitu mahir menggunakan
bahasa Inggeris sedangkan penekanan untuk mendapatkan pekerjaan adalah
penguasaan Bahasa Inggeris yang baik. Kesannya akan ketinggalanlah anak
Melayu miskin di kampung dan hanya mengharapkan pekerjaan yang terhad
yang dapat disediakan oleh pihak kerajaan.
Malangnya nasib bangsaku. Rupa-rupanya apa yang ‘ditangisi’ oleh
Aminuddin Baki pada suatu ketika dulu masih lagi menjadi tangisan orang
Melayu miskin kini.
“AYAM MATI DI KEPUK PADI, ITIK KEHAUSAN DI AIR TENANG’
Tiada ulasan:
Catat Ulasan