Isnin, 17 November 2014

Jangan main-main dengan saya, kata Adenan

MALAYSIAKINI


 


Dalam perhimpunan yang jarang-jarang berlaku melibatkan hartawan-hartawan balak Sarawak, Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem mengejutkan hadirin dengan menggelar industri itu sebagai “korup”.

Beliau malah memberi amaran kepada majikan-majikan pembalakan bahawa beliau akan “tanamkan rasa takut pada tuhan di hati mereka yang tidak jujur”, lapor The Star Online.

Adenan pada Isnin dilapor mengumpulkan bos-bos firma pembalakan “big six” untuk menandatangani “ikrar integriti” mengambil peluang itu memberi amaran tegas terhadap kegiatan pembalakan haram.

Beliau malah menamakan enam syarikat itu sebagai KTS, Rimbunan Hijau, Samling, Shin Yang, Ta Ann dan WTK dan memberitahu mereka supaya “jangan main-main dengan saya”.

“Sebahagiannya, sudah tentu bukan semua, berlagak tidak tahu apa-apa.

"Alasannya sangat mudah, sama ada mereka bodoh, bacul atau korup,” Adnan dilapor sebagai berkata.

The Star Online melaporkan, kenyataan itu Ia mengejutkan hadiri yang terdiri daripada anggota kabinet negeri, penjawat awam dan beberapa individu terkaya di Sarawak.

Tiada ulasan: