MALAYSIAKINI
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Kamaluddin Md Said hari ini setuju
untuk melawat ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
di Jalan Cochrane, lokasi dimana bekas pegawai kastam Ahmad Sarbaini
Mohamed ditemui mati tiga tahun lalu.
Hakim Kamaluddin menetapkan jam 11 pagi esok untuk melawat bangunan itu.
Ahmad Sarbaini ditemui mati selepas pergi ke SPRM Kuala Lumpur untuk
membantu penyiasatan terhadap Jabatan Kastam, yang mana kesnya sama
dengan kematian pembantu ahli politik Teoh Beng Hock.
Ketika ini, isteri kepada pegawai kastam itu, Maziah Manap, 53, sedang
memberi keterangan dalam keadaan sedih kepada Hakim Kamaluddin berhubung
tindakannya memfailkan sama terhadap SPRM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan