"Saya telah beritahu pemandu saya jika dia bersalah (parkir kereta secara haram), dia perlu berhadapan akibatnya dan dikenakan denda," katanya pada Konvensyen Tahunan DAP Pulau Pinang di sini, Ahad.
Beliau memberi respons kepada delegasi cawangan Chai Leng Park, Shamsher Singh Thind yang menegur MPPP kerana komited menunda kereta-kereta yang diparkir secara salah tetapi hanya "buat bodoh" apabila ia melibatkan kereta ketua menteri.
Dilaporkan pada Facebook 'MPPP Watch' bahawa kenderaan rasmi Lim, dengan nombor pendaftaran PG1 dikesan diparkir pada laluan basikal di hadapan Depoh Hin Bus di Jalan Gurdwara.
Lim turut meminta Pengerusi Kerajaan Tempatan, Lalu Lintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow supaya mengarahkan MPPP dan Majlis Perbandaran Seberang Perai untuk mengeluarkan saman kepada exco-exco sekiranya kereta mereka didapati diparkir secara haram.
"Kadang-kadang, pemandu-pemandu mengambil jalan mudah dengan memarkir kenderaan mereka secara garam. Kita akan mintak pihak berkuasa tempatan untuk mengeluarkan saman-saman sekiranya terdapat bukti," katanya.
Lim turut menegur media kerana membesarkan isu keretanya daripada membuat laporan tentang perkara-perkara yang dibangkitkan beliau.
"Kita tidak katakan bahawa laporan tentang parkir kereta saya itu salah tetapi saya harap diberi layanan yang adil untuk berita-berita lain juga," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan